MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA

 


Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA merupakan bantuan one-off RM5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 


Syarat-Syarat Kelayakan

1. Hanya pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.


2. Hanya kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati.


3. Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan Pertama sahaja.


Kaedah Permohonan

1. Mengisi borang permohonan dan memastikan dokumen-dokumen lengkap. Permohonan dan dokumen yang tidak lengkap akan ditolak.

- Borang Permohonan (Lampiran A) yang disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19

- Salinan Sijil Kematian 

- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (waris si mati)

- Salinan Penyata Bank (yang masih aktif) pemohon (waris si mati)


2. Hantar permohonan yang lengkap melalui pos / email / WhatsApp ke NADMA:-


Ketua Pengarah 

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Jabatan Perdana Menteri, Aras 7, Blok D5. Kompleks D Pusat Pentadbiran Persekutuan 62602 PUTRAJAYA

(u.p.: Sekretariat KWABBN)


Email: bkcovid19@nadma.gov.my


WhatsApp: 6011-1321 8056


Kaedah Bayaran

Bayaran Bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.


Sila Klik Link Untuk Muat Naik Borang 

Borang Permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid 19 NADMA



Sumber: NADMA Malaysia @mynadma

Post a Comment

0 Comments