MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Zikir Istimewa Waktu Pagi

 


ZIKIR ISTIMEWA WAKTU PAGI


Nabi ﷺ keluar dari rumahnya pada waktu pagi ketika dia sedang mendirikan solat Subuh di tempat solat dalam rumahnya. Kemudian baginda pulang selepas masuknya waktu Dhuha, dan mendapati Juwairiyah masih di tempat solatnya. Baginda bertanya: 


"Engkau masih lagi dalam keadaan seperti mana aku pergi tadi?"

Juwairiyah menjawab: "Ya."


Nabi ﷺ pun bersabda: "Sesungguhnya aku telah menyebut empat kalimah sebanyak 3 kali. Seandainya ditimbang kalimah yang aku sebut itu dengan kalimah yang engkau sebut sejak pagi tadi, maka kalimah-kalimah yang aku sebut itu akan mengatasi kalimah-kalimah yang engkau sebut.

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ ‏"‏ ‏.

(iaitu) Maha Suci Allah dan pujian untukNya sebanyak jumlah makhluk ciptaanNya, mengikut redhaNya kepada diriNya, menurut berat ArasyNya, dan sebanyak tinta kalimah-kalimahNya."

[HR. Muslim no. 2726]


Kredit: JAKIM

Post a Comment

0 Comments