MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Cara Membuat Tuntutan Cash Back Takaful Malaysia

 

 


Bagi pelanggan yang telah mengambil/memperbaharui takaful kenderaan dan takaful keluarga di Takaful Malaysia. Perkhidmatan myTakaful Customer yang boleh diakses melalui laman sesawang Takaful Malaysia. Perkhidmatan ini sangatlah di syorkan bagi setiap pelanggan mempunyai akaun myTakaful Customer ini.

 

myTakaful Customer menyediakan maklumat di antaranya:-

1. Senarai sijil yang dimiliki oleh pelanggan

2. Maklumat mengenai sijil, rekod pembayaran, tarikh berkuat kuasa, tarikh matang, jumlah sumbangan

3. Kemudahan mengemas kini maklumat peribadi seperti nombor perhubungan, alamat e-mel, maklumat akaun bank.

4. Salinan dokumen bagi menyokong Cukai Pendapatan dan Penyata Tahunan.

 

Disini difokuskan kepada pendaftaran myTakaful Customer bagi tujuan membuat tuntutan cash back/ wang pulangan yang diberikan oleh pihak Takaful Malaysia kepada pelanggannya.

 

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran login myTakaful Customer

Pastikan pelanggan mempunyai nombor telefon & e-mel

Cara Pendaftaran myTAKAFUL CUSTOMER PORTAL LOGIN

Layarai laman sesawang Takaful Malaysia

Masukkan No Kad Pengenalan

Kemudian tick pada I’m Not A Robot, dan buat pengesahan. Tekan Next

Masukkan Frasa Keselamatan & Password. Tekan Next

Pendaftaran akaun pengguna anda berjaya.

 

Cara login myTAKAFUL CUSTOMER PORTAL LOGIN

Layarai laman sesawang Takaful Malaysia

Tekan Portal Login myTakaful Customer

Masukkan USER ID (No. Kad Pengenalan), Tekan Next

Pastikan Frasa Keselamatan terpapar dan tepat. Tekan Yes,It’s Me

Masukkan no. Password dan tekan Login.

Login ke akaun myTakaful Customer berjaya

 

Cara membuat kemaskini maklumat Akaun Bank di dalam myTakaful Customer


 

Tekan REQUESTS Seterusnya paparan di bawah akan dipaparkan dan tekan UPDATE PAYMENT METHOD


Isikan maklumat akaun bank Bank Name, Account No. Account Type

 


Setelah pengisian maklumat bank di atas seleseai pihak Takaful Malaysia akan memberikan no. OTP ke telefon pelanggan/anda.  Sila semak telefon/smartphone bagi tujuan penegsahan dan masukkan no. OTP seperti yang diperlukan oleh sistem dan tekan Continue.

 


 

Maklumat lanjut berhubung cara daftar Takaful Malaysia & membuat kemaskini no. akaun bank bagi tujuan cash back sila hubungi Takaful Malaysia:

 

Customer Service Unit 1-300 88 252 385

Email: csu@takaful-malaysia.com.my


Semoga perkongsian ini memberikan manfaat terutamanya pelanggan/individu yang ingin mendapatkan cash back yang diberikan oleh Takaful Malaysia melalui pemakluman yang dimajukan kepada pelanggan yang layak melalui emel berdaftar dalam sistem Takaful Malaysia.



Sumber/Kredit:  Admin juga adalah pelanggan Takaful Malaysia), Takaful Malaysia

 

Post a Comment

0 Comments