MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

5 Amalan Murah Rezeki




BAGAIMANA MENJEMPUT REZEKI? 


Dalam kehidupan, perihal rezeki sering menjadi kerisauan terbesar antara kita. 


Firman Allah SWT :


وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ


Maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan harta benda dan jiwa dan buah-buahan kerana kami hendak melihat sama ada kamu sabar atau tidak atas ujian itu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”


(Surah al-Baqarah : 155)


Seringkali kita beranggapan rezeki hanya datang dalam bentuk harta dan wang ringgit semata-mata. Walhal, rezeki datang dalam pelbagai bentuk. 


Antara bentuk rezeki yang lain adalah tubuh badan yang sihat, masa yang lapang, jiwa yang tenang, mempunyai pasangan hidup yang baik dan bertanggungjawab, anak-anak yang soleh dan solehah serta mempunyai sahabat yang baik.


Subhanallah.


Sahabat,


Dalam kita mencari dan mengejar rezeki, mari kita jadikan Al-Quran dan hadis sebagai panduan utama untuk mendapatkannya. 


5 AMALAN MURAH REZEKI MENURUT AL-QURAN DAN HADIS


1. SENTIASA MEMOHON AMPUN DARIPADA ALLAH SWT


فَقُلْتُ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارًا


Maksudnya : Maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun-,


يُرْسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا


Maksudnya : Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,


وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَٰلٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّٰتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَٰرًا


Maksudnya : "Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.


(Surah Nuh : 10-12)


2. MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH 


مَثَلُ الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ اَمْوَالَهُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ اَنْۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِيْ كُلِّ سُنْۢبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللّٰهُ يُضٰعِفُ لِمَنْ يَّشَاۤءُ ۗوَاللّٰهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ


Maksudnya: "Perumpamaan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

(Surah al-Baqarah: 261)


3. SENTIASA BERSYUKUR ATAS NIKMAT PEMBERIAN ALLAH SWT


وَاِذۡ تَاَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕنۡ شَكَرۡتُمۡ لَاَزِيۡدَنَّـكُمۡ‌ وَلَٮِٕنۡ كَفَرۡتُمۡ اِنَّ عَذَابِىۡ لَشَدِيۡدٌ‏


Maksudnya: Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

(Surah Ibrahim 7)


4. SENTIASA MEMBANTU & MEMUDAHKAN ORANG LAIN


Sabda Nabi Muhammad SAW :


مَن نفَّس عن مؤمنٍ كربةً من كُرَب الدنيا، نفَّس الله عنه كربةً من كُرَب يوم القيامة، ومن يسَّر على معسرٍ، يسَّر الله عليه في الدنيا والآخرة، ومن ستر مسلمًا ستره الله في الدنيا والآخرة، واللهُ في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه،


Maksudnya: "Barangsiapa yang menghilangkan kesedihan dari kesedihan (masalah) dunia seorang mukmin, maka Allah akan menghapuskan darinya kesedihan dari kesedihan di hari Kiamat. 

Barangsiapa yang meringankan keperluan orang yang memerlukan (berhutang), maka Allah akan meringankan keperluannya di dunia dan akhirat. 

Barangsiapa yang melindungi (menyembunyikan aib) seorang Muslim, maka Allah akan melindungi (aibnya) di dunia dan akhirat. 

Allah akan membantu hambaNya selagimana hambaNya membantu saudaranya."

(HR Muslim)


5. MENGERATKAN SILATURRAHIM


Sabda Nabi Muhammad SAW:


مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ


Maksudnya: "Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan ditangguhkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), hendaklah ia bersilaturahim."

(HR Bukhari dan Muslim)



DOA MEMOHON REZEKI YANG BAIK


اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً


Maksudnya: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.

(HR Ibn Majah)



Kredit: ustazahasmaharun

Post a Comment

0 Comments