MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Aktiviti Ekonomi Semasa PKP 2.0 (Dikemaskini 18 Feb 2021)

 


 Dikemaskini 18 Februari 2021


Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (foodtruck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan/kiosk DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

 

Aktiviti penjualan makanan dibenarkan secara dine-in, bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran bermula jam 6:00 pagi sehingga 10:00 malam. Dine-in dibenarkan mengikut kapasiti meja dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter antara pelanggan.

 

Kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga10.00 malam.

 

Hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lessen kebenaran beroperasi.

 

Kedai farmasi boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam.

 

Kedai keperluan harian boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam.

 

Stesen Minyak boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi sehingga 10:00 malam kecuali stesen minyak di lebuhraya boleh beroperasi sehingga 24jam.

 

Pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu boleh beroperasi dari jam 7:00 pagi hingga 2:00 petang.

 

Pasar malam boleh beroperasi dari jam 4:00 petang hingga 10:00 malam dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.

 

Pasar Borong boleh beroperasi dari jam 12:00 pagi sehingga 6:00 pagi dan11:00 pagi sehingga 4:00 petang.

 

Klinik dan Kedai Makanan Haiwan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 10.00malam.

 

Kedai dobi, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai gunting rambut dan salun (perkhidmatan gunting rambut sahaja) dibenarkan beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam.

 

Kedai dobi layan diri perlu memastikan pekerja berada di premis dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

 

Lain-lain aktiviti yang diberikan kelulusan oleh Kementerian/Agensi/PBT dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

 

 Sumber: MKN 


Berkaitan: Pelanjutan PKP 2.0 Di Selangor, Johor, Pulau Pinang & WP Kuala Lumpur

Berkaitan: WaktuOperasi Perniagaan Semasa PKP 2.0

 Berkaitan: Masa Operasi Perniagaan Di Kawasan/Negeri PKP 2.0

 


Post a Comment

0 Comments