MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

9 Imam Mekah Memiliki PHD

 


Masjidilharam di Mekah memiliki 9 orang imam yang bertugas. Mereka semua merupakan pakar dalam bidang masing-masing dan setiap seorang memiliki paling kurang sekeping Ijazah Kedoktoran (PhD). Bukan calang-calang tau yang Kerajaan Arab Saudi lantik ini.


Baiklah, di sini saya senaraikan kesemuanya:


1. Syeikh Dr. Abdul Rahman bin Abdul Aziz as-Sudais menamatkan pengajian PhD beliau dalam bidang Syariah Islam di Universiti Ummul Qura, Mekah pada tahun 1995.


2. Syeikh Dr. Saud bin Ibrahim bin Muhammad al-Shuraim menamatkan pengajian PhD pada tahun 1995 dari Universiti Ummul Qura, Mekah dalam bidang pengajian Syariah.


3. Syeikh Dr. Usamah bin Abdullah Khayyat menamatkan pengajian PhD beliau di Fakulti Syariah, Universiti Ummul Qura, Mekah pada tahun 1987.


4. Syeikh Dr. Abdullah Awad al-Juhani memegang PhD dalam pengajian Syariah dari Universiti Ummul Qura, Mekah pada tahun 2012.


5. Syeikh Dr. Bandar bin Abdul Aziz Baleela menamatkan pengajian PhD di Universiti Islam Madinah pada tahun 2008.


6. Syekh Dr. Maher bin Hamad Al Mu'aiqly menamatkan pengajian PhD di Universiti Ummul Qura, Mekah pada tahun 2012.


7. Syeikh Dr. Faisal bin Jamil bin Hasan Al Gazzawi menamatkan pengajian PhD di Universiti Ummul Qura, Mekah pada tahun 2002.


8. Syeikh Dr. Yasir Al Dossary menamatkan pengajian PhD beliau di Fakulti Syariah, Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud di Riyadh.


9. Syeikh Saleh bin Abdullah bin Humaid pula merupakan salah seorang Ahli Majlis Syura Kerajaan Arab Saudi sejak tahun 1993.


Walaupun saya tak jumpa latar belakang pengajian syeikh ini, namun jelas beliau merupakan seorang alim memandangkan diserap masuk ke dalam Majlis Syura yang mana sangat tinggi martabatnya di dalam kerajaan.


Itulah..


Najmi Farisham,

Wartawan Kegemaran Kalian.



Post a Comment

0 Comments