MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

mySIKAP JPJ - Langkah Mudah Membuat Pembaharuan LKM/Roadtax

   


 Portal mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Berikut di kongsikan beberapa langkah-langkah mudah dalam membuat pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)/ Roadtax bagi Transaksi Dalam Talian mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

 


Bagi pengguna/individu yang kali pertama menggunakan sistem aplikasi ini sila Log Masuk Kali Pertama & isikan maklumat yang diperlukan.

 

Setelah mengisi maklumat tersebut pihak Pentadbir ID mySIKAP akan memberikan butiran seperti di bawah melalui email yang didaftarkan oleh pelanggan/individu semasa mengisi butiran yang diminta oleh sistem di atas.

 


 

 

1. Nama : 

2. ID :

3. Kata Laluan Sementara:

4. Tempoh Sah (Tarikh Mula):

5. Tempoh Sah (Tarikh Akhir):


Setelah mendapat email sila masukan ID Pengguna & Kata Lalauan serta Kod Sekuriti di ruangan atas. Tekan Log Masuk

 


Paparan skrin di atas akan muncul setelah ID Pengguna & Kata Lalauan serta Kod Sekuriti di masukkan. Sila pilih Ruangan "Kenderaan" untuk membuat pembelian LKM/Roadtax secara atas talian. Tekan Kad Kredit  seterusnya VISA.

Isikan maklumat 

1. No. Kenderaan

2. Nama Bank

3. No. Akaun Bank

4. No. 3 digit di muka belakang kad ATM tersebut

5. Tekan "Bayar"


Sekiranya paparan skrin mengeluarkan perkataan " Sila Matikan Pop Up" ikuti langkah-langkah di bawah.

1. Pergi ke tepi kanan skrin komputer seperti di bawah dan tekan "Options"

 



2. Pilih/tekan ruangan Privacy & Security dan tekan Block pop-up windows

 




3. Selesai & pergi semula ke sistem mySIKAP untuk membuat  pembayaran.



Setelah pembayaran dibuat pastikan  pengguna/individu mencetak resit sebagai bukti pembayaran pembaharuan LKM/Roadatx telah dibuat. Pilih sama ada transaksi pengambilan LKM/Roadtax dilakukan melalui kiosk atau cawangan JPJ yang berdekatan.


Semoga perkongsian ini memberikan manfaat .


mywilayah.com


Post a Comment

1 Comments