MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Menangis Kerana Teringatkan Dosa

 


Menangis Kerana Teringatkan Dosa


1. Menurut al-Hasan al-Basri, hati manusia akan menjadi keras disebabkan kerana dosa dan kelekaan yang berterusan yang menyelubungi jiwa mereka. Penyakit ini boleh dirawat melalui amalan-amalan yang membimbing hati kepada lebih banyak mengingati Allah.


2. Perkara ini dijelaskan oleh al-Hasan al-Basri ketika mana seorang lelaki datang bertemu beliau. Lelaki tersebut mengadukan tentang perihal hatinya yang keras. Lalu al-Hasan berpesan:


أذبه بالذكر ؛ وهذا لأن القلب كلما اشتدت به الغفلة اشتدت به القسوة فإذا ذكر الله تعالى ذابت تلك القسوة


“Lembutkan hatimu dengan memperbanyakkan zikir mengingati Allah. Sesungguhnya hati ini akan menjadi keras apabila terlalu banyak kelekaan dan kelalaian yang menyelubungi jiwa. Apabila seseorang mengingati Allah, maka akan lembutlah jiwa tersebut.”


3. Dengan sebab itu Saidina Abdullah bin Umar meletakkan nilai yang tinggi pada jiwa yang mudah menangis kerana Allah. Kata beliau:


لأن أدمع من خشية الله أحب إلي من أن أتصدق بألف دينار


“Menangis kerana takutkan Allah lebih aku sukai daripada bersedekah seribu dinar (wang emas).”


4. Benarlah kata-kata al-Imam Ibn al-Qayyim bahawa jiwa yang keras tidak akan lembut melainkan dengan mengingati Allah. Manakala jiwa yang lembut akan mudah menangis apabila terkenangkan dosa. Sifat takut kepada Allah menyebabkan jiwa mereka menjadi lembut dan sensitif dengan dosa.


Semoga Allah membimbing kita.


Kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi


Post a Comment

0 Comments