MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Disebalik Hujan Ada Rahmat Allah SWT

 


Hujan merupakan rahmat Allah kepada semua makhluk di atas muka bumi. Hujan juga makhluk Allah yang perlu kita syukuri kehadirannya. Oleh itu, janganlah sesekali kita mencela hujan sebaliknya gunakanlah peluang itu untuk berdoa kepada Allah.


Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan kami telah menurunkan daripada langit air yang berkat".


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

" Berdoalah pada waktu mustajab iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat dan ketika hujan turun"

(HR : Abu Daud)


" Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu doa ketika Azan dan doa ketika waktu HUJAN".

(HR :Hakim)


"Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit (hujan) berhentilah," dan airpun disurutkan, perintahpun diselesaikan dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi, dan dikatakan: "Binasalah orang-orang yang zalim".

Surah Hud: 44


Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan yang untuk merosak kami.


Ya Allah, turukanlah hujan ke dataran tinggi, sebahagian anak bukit, perut lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan pepohonan." 

(HR Bukhari).


" Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa khabar gembira, mendahului kedatangan rahmatNya (hujan), sehingga apabila angin membawa awan mendung, Kami halakan ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai jenis buah²an. Demikianlah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah²an kamu mengambil pelajaran"

(QS : Al-A’raf : 57)


Doa ketika Hujan

اَللَّهُمَّ صَيَّبًا ںَافِعًا۔

Allahuma Shoyyiban Na’fian

" Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat.”

(HR : Bukhari)


Post a Comment

0 Comments