MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Aktiviti Di Masjid & Surau Ketika PKP 2.0 Di Negeri Sabah

 


 

Pelaksanaan PKP 2.0 di beberapa negeri termasuk negeri Sabah bermula 13 Januari 2021/1442H hingga 26 Januari 2021/1442H.

 

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEINS) telah membuat ketetapan aktiviti di masjid dan surau bagi negeri/zon Sabah berikut adalah ringkasannya:-

 

Aktiviti di masjid dan surau yang dibenarkan adalah solat berjemaah lima (5) waktu bermula pada 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021.

 

Aktiviti solat Jumaat di masjid dan surau TIDAK DIBENARKAN dalam tempoh tersebut.

 

Bilangan Jemaah solat lima (5) waktu di masjid dan surau yang dibenarkan ialah 5 orang sahaja daripada Ahli Jawatankuasa masjid dan surau.

 

Aktiviti di masjid dan surau selain solat berjemaah adalah TIDAK DIBENARKAN dalam tempoh Tarikh yang dikuatkuasakan.

 

Semua masjid dan surau hendaklah melaksanakan semua garis panduan dan SOP yang berkuatkuasa dan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.

 

 

Sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Tarikh 12 Januari 2021

Post a Comment

0 Comments