MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Isu Status Halal Produk Biskut Jenama Lotus Biscoff

 


Penjelasan Isu Status Halal Produk Biskut Jenama Lotus Biscoff


Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian ini kerap menerima pertanyaan dari para pengguna di media sosial berkaitan status halal produk biskut jenama Lotus Biscoff ekoran tersebarnya sijil pengesahan halal dari Halal Food Council of Europe (HFCE) dan dijual secara dalam talian. 


Berdasarkan semakan pihak kami, produk keluaran syarikat Lotus Bakeries NV (corporate) yang beralamat di Gentstraat 1 Oost-Vlaanderen, East Flanders 9971 Belgium, merupakan pemegang sijil pengesahan halal dari Halal Food Council of Europe (HFCE) dan ia merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di negara Belgium. 


Antara produk yang telah dipersijilkan halal oleh badan pensijilan halal berkenaan dan sering menjadi pertanyaan para pengguna ialah:-


1. Lotus Biscoff® - The Original Carmelised Biscuit


2. Lotus Biscoff® - Spread Smooth


3. Lotus Biscoff® - Spread Crunchy


4. Lotus Biscoff® - Crumble


5. Lotus Biscoff® - Topping


Untuk mengetahui maklumat lanjut produk-produk yang telah dipersijilkan halal oleh HFCE, pengguna boleh emel ke halal@hfce.eu atau ke laman www.hfce.eu


Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-


http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular


Harap maklum dan terima kasih.


"Yakini Halal Malaysia"


Seksyen Komunikasi Korporat,

Bahagian Pengurusan Halal,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

đŸ“§ pr_halal.islam@1govuc.gov.my

☎ 03-8892 5000/1

17 Rabiulakhir 1442H

03 Disember 2020M


Sumber: JAKIM

Post a Comment

0 Comments