MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pembaharuan Lesen Memandu Secara Online




Daftar Akaun MyEG

Pembaharuan lesen memandu boleh dibuat melalui laman sesawang www.myeg.com.my


Sila daftar terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan MyEG & isi butiran yang diperlukan.


Klik Perkhidmatan  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Klik ikon  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi urusan pembaharuan lesen memandu.


Klik Perbaharui Lesen Memandu (CDL)

Klik Perbaharui Lesen Memandu (CDL) dan isi maklumat yang diperlukan.

Sila pilih opsyen yang disediakan sama ada lesen memandu diserahkan melalui:-


1. Perkhidmatan Pos 

2. Mengambil sendiri di pejabat yang ditetapkan


Transaksi Pembayaran

Pembayaran dibuat secara atas talian oleh pengguna. Sila pastikan butiran yang dipancang tepat bagi memudahkan proses penyediaan pembaharuan lesen memandu.


Pastikan cetak atau 'tangkap layar' resit dan simpan secara digital atau difail untuk rujukan kelak sekiranya diperlukan.


Masa Penghantaran Lesen

Penghantaran lesen pembaharuan mengambil masa selama dua (2) hari masa bekerja.


Buat pada hari Jumaat, siap pada hari Rabu.


Penghantaran berdasarkan alamat yang dipancang oleh pengguna di dalam sistem.


Caj penghantaran Kawasan Lembah Klang dikenakan RM6.00, Semenanjung Malaysia RM8.00 dan Sabah & Sarawak RM10.00.


Sumber: MyEG

Post a Comment

0 Comments