MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Jangan Menilai Orang Dari Masa Lalunya



INGAT JANGAN MENILAI ORANG DARI MASA LALU NYA . 


Semua pasti ada waktunya untuk berubah menjadi LEBIH BAIK .


setiap manusia punya cerita di masa lalunya. Ada baik, ada buruk. 


Satu hal yang perlu kita tahu, kita tidak mungkin boleh merubah masa lalu, namun kita boleh menjadikan masa sekarang dan masa depan seperti apa yang kita mahu.


Jangan pernah menilai seseorang berdasarkan masa lalunya.


Betapa banyak diantara kita yang memiliki masa lalu yang kelam dan Jauh dari Allah, jauh dari sunnah, jauh dari hidayah, tenggelam dalam dunia yang menipu, terumbang-ambing dalam kemaksiatan.


Sesiapa pun Pasti  turut memiliki masa lalu yang penuh dengan kerosakan, yang mungkin kebanyakan orang tidak mengetahui masa lalu kita. Sebagaimana kita tidak ingin orang lain menilai kita dengan melihat masa silam kita, maka begitu jugalah pada mereka yang telah pun berubah.


Yang penting adalah bagaimana kesudahan seseorang itu, tatkala akan meninggalkan dunia. Bukan masa lalunya. 


Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab..       

            

“Dan, sesungguhnya amalan itu bergantung dengan penutupnya.”

[Riwayat Al Bukhari]


"Semua manusia pernah berbuat salah. Namun yang paling baik dari yang berbuat salah adalah yang mahu bertaubat"

(HR.Tirmidzi


Bukankah para sahabat Rasulullah S.A.W juga terdahulunya turut berada dizaman jahiliyyahnya? Akan tetapi tatkala cahaya hidayah menyapa hati mereka, jadilah mereka generasi terbaik yang pernah ada di atas muka bumi ini.


 Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.   


       

آمين يارب العالمين


@Islamitu_indah

Post a Comment

0 Comments