MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Biodata Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid

 


Biodata

Nama: Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid

Nama Gelaran: Profesor Diraja Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid

Tarikh Lahir: 28 Januari 1922

Tarikh Meninggal Dunia: 15 Disember 2020 (98 Tahun)

Kerakyatan: British, Malaysia

Tempat Lahir: London, United Kingdom

 

Merupakan seorang ahli ekonomi dan pensyarah Malaysia. Beliau merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan ekonomi di Malaysia. Beliau mendapat gelaran Profesor Diraja (Royal Professor) dan satu-satunya pemegang gelaran tersebut di Malaysia.

 

Pendidikan

PhD (Waseda); Decon; DipArts; BA (UM); HonDLitt (Pitt); HonEdD (Chulalongkorn); HonLLD (Waseda); HonDLitt (Warwick); HonLLD (Strathclyde); DeEkon (Keh)(UKM); HonLLD (Buckingham)

1964: Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Universiti Waseda, Tokyo. Jepun

1951: Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi) di Universiti Malaya, Singapore kini Universiti Malaya (UM)

Diploma Seni Raffles College, Singapura (kini Universiti Malaya)

Sekolah Melayu Batu Pahat

English College, Johor Bahru

Sekolah Bukit Zahrah

Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru, Johor.


Perkahwinan

Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Sharifah Azah Mohammad Alsagoff/Norazah Abdul Aziz atau Azah Aziz, tetapi lebih dikenali sebagai Mak Ungku. Pada 9 Julai 2012, Azah Aziz meninggal dunia pada usia 83 tahun kerana sakit tua (21 Ogos 1928 - 9 Julai 2012).

Hasil perkahwinan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, mantan Gabenor Bank Negara Malaysia.

Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid mendirikan rumah tangga bersama Isteri kedua Rohayah Ahmad Bahiran @ Rahaiah Baheran (sehingga kematiannya)

 

Kerjaya/Perkhidmatan

1951: Menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS)

1952-1961: Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura

1961-1965: Profesor dan Dekan di Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

1968-1988: Naib Canselor Universiti Malaya (UM)

Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama yang memegang jawatan tersebut dan Naib Canselor yang paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun.

Atas inisiatifnya, di Universiti tercipta Taman Botani, Muzium Seni Asia, dan sebuah kedai buku koperasi. Waktu beliau memimpin UM, pertukaran mahasiswa mula dilaksanakan antara Universiti Malaya dan Institut Bahasa-Bahasa Timur (kemudian Institut Negara-negara Asia dan Afrika) di Universiti Negara Moscow (sejak tahun 1970).


Sumbangan dan Jawatan

Antara sumbangan, peranan utama dan jawatan yang dipegang Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid kepada negara ialah:-

Pencetus idea penubuhan, dan Yang Dipertua, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) (Mac 1971-)

Ahli Lembaga Pengarah, Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad (KKUM) (1968-)

Fellow Kehormat, Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (1.10.2005 - 30.9.2008)

Ahli Majlis Tadbir Urus, Pusat Pengajian Kewangan Islam Antarabangsa, Bank Negara Malaysia (INCEIF Governing Council) (2006-2009)

Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II

Pencetus idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH)

Pencetus idea penubuhan dan Ketua Pengarah Pertama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Mengasaskan Institut Bahasa Teikyo

Mengasaskan Universiti Malaya

Mencetuskan idea Akademi Islam

Mencetuskan idea Pusat Asasi Sains

Pengerusi Cosmopoint Sdn Bhd (25.9.1995 - 15.12.2020)

Pengarah PLUS Expressways Berhad (11.3.2002 - 15.12.2020)

Pengarah PLUS Berhad (9.9.1988 - 15.12.2020)

 

Anugerah/Pencapaian

17 Jun 1978: Dianugerahkan gelaran "Profesor Diraja Ekonomi" (Pembangunan Luar Bandar) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

1971: Pengasas ANGKASA dan Yang di-Pertua ANGKASA

21 Julai 2002: Dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara

1993: Memenangi Hadiah International Academic Prize of The 4th Fukuoka Asian Cultural Prizes 1993 by the City of Fukuoka.

1997: Dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

2005: Menjadi penerima pertama ‘Anugerah Melayu Terbilang’ sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 11 Mei 2005. Anugerah disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

25 Jun 2005: Dianugerahkan 'Tokoh Ekonomi Melayu' oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

2006: Menerima 'Anugerah Akademik Negara' sempena Majlis Pengisytiharan Universiti Penyelidikan dan Anugerah Akademik Negara 2006 pada 2 Ogos 2007 oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

 

Meninggal Dunia (15 Disember 2020) Pada Hari Selasa

Jam 4:30 Petang: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, Malaysia asbab sakit tua & jenazah dimandikan di hospital tersebut

Jam 8:50 Malam: Tiba di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Doktor Ismail, Kuala Lumpur

Jam 8:55 Malam: Jenazah disembahyangkan selepas solat Isyak

Jam 9:15 Malam: Tiba di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Sekitar Jam 9: 50 Malam: Jenazah selesai dikebumikan.

 

Sumber: Wikipedia

 

 

Post a Comment

0 Comments