Biodata
Nama: Ramly bin Mokni
Nama Gelaran: Dato’ Dr. Haji Ramly bin Mokni
Tempat Lahir: Sekinchan, Selangor
Dato’ Dr. Haji Ramly bin Mokni dikenali oleh rakyat Malaysia kerana kualiti produk burgernya yang berkualiti tinggi ia itu Jenama Ramly Burger dan ianya banyak digunakan oleh pengusaha/penjual burger bakar di Malaysia.
Perkahwinan
Dato’ Dr. Haji Ramly bin Mokni mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Hajjah Shala Siah binti Abdul Manap. Hasil perkahwinan mempunyai 3 cahaya mata iaitu:-
- Siti Hazira binti Ramly
- Zura Shedy binti Ramly
- Hayu Hafiiz binti Ramly
Kerjaya
Dato’ Dr. Haji Ramly bin Mokni adalah seorang ahli perniagaan Malaysia yang berjaya. Pemilik perniagaan syarikat Ramly Mokni Holding Berhad dan mempunyai anak syarikat iaitu:-
1. Ramly Food Processing Sdn. Bhd.
2. Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd.
3. Ramly Supermart Sdn. Bhd.
4. Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd.
Di antara anguerah yang telah diperolehi adalah Anugerah Projek Terbaik (1982), Anugerah Pelanggan Pembangunan (1984) dan Anugerah Usahawan Jaya (1992).
0 Comments