MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Wilayah Cakna 4.0 W.P Labuan

 



Kementerian Wilayah Persekutuan di bawah program Wilayah Prihatin melancarkan inisiatif Wilayah Cakna 4.0 bagi warga W.P Labuan untuk golongan B40 dan miskin. Inisiatif ini diberikan selama 3 bulan bermula dari Oktober 2020 sehingga Disember 2020.

 

Berikut di antara inisiatif Wilayah Cakna 4.0

1. Pengecualian 3 bulan bayaran sewa perumahan awam milik Perbadanan Labuan

2. Pengecualian 3 bulan bayaran sewa premis niaga milik Perbadanan Labuan

3. Pengecualian bayaran bagi pembaharuan lessen peniaga kecil dan peniaga pasar awam W.P Labuan

4. Bantuan buku latihan sekolah di W.P Labuan

5. Sumbangan kepada 1 zon & 5 Sub zon MPPWP Labuan

6.Diskaun 30% untuk kadar bulanan pajakan tanah milik Perbadanan Labuan

7. Bayaran diskaun kompaun pada kadar tetap RM15.00 sahaja kepada warga W.P Labuan

8.Aktiviti nyah kuman di W.P Labuan

 

Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin ini di bawah kelolaan Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan.

 

#WilayahCakna4.0

 

Sumber: Kementerian Wilayah Persekutuan

 

Post a Comment

0 Comments