MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Punca Pencemaran Sungai

 


Pencemaran air ialah perubahan kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia atau biologi air sehingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan dan keselamatan awam atau kepada hidupan dan tumbuhan.

Punca-punca pencemaran sungai amnya terdiri daripada punca tetap seperti pelepasan dari kawasan perindustrian dan dari loji pengolehan kumbahan serta punca tidak tetap seperti air larian dari gunatanah pertanian, kediaman, perdagangan perniagaan, industri dan sebaginya.

 

Berikut di antara punca berlakunya pencemaran sungai:-

 

Pembuangan Sampah Sarap ke Dalam Sungai

Sikap individu mengambil jalan mudah tanpa memikirkan kesannya kepada alam sekitar menyebabkan situasi ini berlaku. Pembuangan sampah sarap mengakibatkan kualiti air sungai merosot dan tidak lagi selamat untuk kegunaan domestik. Hal ini boleh mengundang krisis air dan menyusahkan individu yang hidup bergantung kepada sungai. Tambahan pula, pembuangan sampah sarap akan menyebabkan sungai berbau busuk. Oleh itu, setiap individu mesti bertanggungjawab menjaga kebersihan sungai.

 

Perumahan Setinggan Di Atas Air

Kewujudan perumahan setinggan di atas air menyumbang kepada pencemaran air sungai secara langsung penghuni rumah tersebut mudah untuk membuang sampah terus ke sungai. Kesannya menyebabkan pencemaran sungai, persekitaran sungai dan perumahan setinggan penuh dengan sampah sarap membuatkan tidak elok di pandangan masyarakat dan pelancong.

 

Pembuangan Sisa Toksik dan Sisa Industri Yang Tidak Dirawat

Pembuangan sisa toksik dan sisa industri yang tidak dirawat daripada kilang menyebabkan pencemaran sungai. Kesan daripada sisa toksik dan sisa industri yang tidak dirawat meyebabkan kualiti dan tahap kebersihan air terjejas dan mengundang kepada pelbagai penyakit sekiranya digunakan oleh indidvidu dalam kehidupan harian. Kehidupan akuatik (ikan) di dalam sungai turut terjejas kemungkinan boleh membawa kepada kematian akibat bahan kimia yang ada pada sisa toksik tersebut.

pencemaran bau di Sungai Gong, hingga menyebabkan gangguan bekalan air di tujuh kawasan di Lembah Klang pada tahun 2020 dan Pencemaran Sungai Kim Kim, Johor adalah contohnya.

 

Pembalakan

Pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan hakisan tanah dari aktiviti kerja tanah yang tidak terkawal. Di samping itu, kegiatan pembalakan merupakan salah satu faktor perdana pencemaran sungai. Hal ini demikian kerana apabila pokok-pokok ditebang, struktur tanah akan menjadi lemah akibat kehilangan sokongan daripada akar-akar pokok yang mencengkam tanah. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila hujan turun dengan lebat dan jatuh terus ke atas tanah tanpa halangan. Struktur tanah yang lemah tersebut akan mudah terhakis dan mengalir bersama air hujan ke sungai. Tanah yang terhakis akan mendap di dasar sungai dan menjadikan sungai cetek. Apabila hujan turun, sungai tersebut tidak akan dapat menampung air yang banyak dan akhirnya akan melimpah keluar sehinnga berlaku banjir kilat.

 

Aktiviti Pertanian

Penggunaan baja kimia/racun serangga yang berlebihan menjejaskan tahap kebersihan dan kualiti air kerana dicemari bahan kimia yang berlebihan sehinggakan sumber air tidak Selamat untuk diminum dan digunakan oleh manusia mahupun hidupuan akuatik.

 

Pembuangan Sisa Minyak Dari Bengkel Kenderaan/Motosikal

Sekiranya sisa minyak tidak diurus dengan baik dan dibuang merata-rata tanpa ada tempat pembuangan khas minyak hitam/kotor di bengkel-bengkel kenderaan/motosikal boleh menyumbang kepada pencemaran air/sungai terutamanya pada waktu hujan minyak hitam/kotor di permukaan tanah akan dibawah ke parit dan seterusnya ke sungai berdekatan menyebabkan sungai tercemar.

 

Effluen Dari Loji Rawatan Kumbahan

Sekiranya loji kumbahan ini tidak diselenggara dan dipantau tahap paras air kumbahan terutama apabila hujun turun lebat boleh menyebabkan air kumbahan ini melimpah keluar ke parit-parit seterusnya ke sungai berdekatan, kesannya tetu sekali pencemaran sungai berlaku.

 

Kesimpulanya, pencemaran sungai mengakibatkan sumber air bersih berkurangan, tahap kesihatan terjejas menyebabkan kehidupan manusia dan akuatik terancam, kepupusan sistem ekologi dan kepelbagaian biologi. Dari segi ekonomi, pelancongan terjejas kerana nilai estetik sungai menurun. Oleh itu hargailah sungai dan jagalah sungai untuk generasi yang akan datang kerana air adalah sumber kehidupan utama manusia dan hidupan lain, segala perancangan pembangunan hendaklah dirancang dengan teliti agar tidak memberikan kesan negatif kepada alam sekitar.

 

Sumber: Jabatan Alam Sekitar & Penulis Sendiri 

Berkaitan: Kepentingan Pokok Bakau

 

 

Post a Comment

0 Comments