MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Isu Status Halal Mi Kari OLDTOWN White Coffee

 


Penjelasan Isu Status Halal Mi Kari OLDTOWN White Coffee


Ramai pengguna di media sosial mula menularkan video yang mendakwa Mi Kari OLDTOWN White Coffee tidak halal kerana menggunakan daging babi dalam kandungan mi kari mereka.


Berdasarkan semakan pihak kami, premis makanan OLDTOWN White Coffee merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah. Perlu difahami bahawa premis makanan yang memiliki SPHM bermaksud seluruh rantaian halalnya telah disemak dan disahkan oleh pihak berautoriti.


Untuk makluman juga, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah mengunjungi cawangan OLDTOWN White Coffee berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengesahkan bahawa dakwaan yang tular melalui video berkenaan adalah TIDAK BENAR. Rujuk penjelasan lanjut KPDNHEP di:-


Facebook Rasmi KPDNHEP Selangor


Tuduhan melulu dari pihak  yang tidak bertanggungjawab ini juga turut dijawab secara rasmi oleh pihak syarikat di:-


Facebook Rasmi OLD Town White Coffee Malaysia


Justeru, masyarakat dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu berita atau mesej tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah, salah faham sesama ummah dan menjejaskan keharmonian negara. 


Selain itu, masyarakat pengguna juga digalakkan untuk mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di  www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi  telefon pintar SmartHalal.

http://www.smarthalal.com.my/faq.html

Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

 

Harap maklum dan terima kasih.


"Yakini Halal Malaysia"


Seksyen Komunikasi Korporat,

Bahagian Pengurusan Halal,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my

☎ 03-8892 5000/1

27 Rabiulawal 1442H

13 November 2020M


Post a Comment

0 Comments