MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penggulungan RUU Perbekalan 2021



Penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) yang dibentangkan di Dewan Rakyat petang khamis (26 November 2020) oleh Menteri Kewangan Malaysia YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz lulus di peringkat dasar dengan mendapat sokongan undian majoriti dari Ahli Parlimen dan kurang 15 Ahli Parlimen tidak bersetuju.


Dengan beberapa   Penambahbaikan Bantuan di antaranya:-


Petugas Barisan Hadapan

Bantuan khas secara one-off akan diberikan kepada petugas barisan hadapan kesihatan sebanyak RM500


Bantuan ini juga diperluaskan kepada petugas barisan hadapan lain yang layak di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebanyak RM300



Program eBelia

Program khas secara one-off ke dalam akaun e-wallet belia dinaikan daripada RM50 kepada RM100


Program ini juga diperluaskan kepada mahasiswa IPTA dan IPTS termasuk kepada mereka yang berusia lebih daripada 20 tahun 



Pesara & Bekas Polis Malaysia

Inisiatif pemberian bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada kategori Pesara Polis diperluaskan juga kepada kategori Bekas Polis



Elaun Sara Hidup Nelayan Darat

Elaun Sara Hidup Nelayan telah dinaikan daripada RM250 kepada RM300 sebulan


Kerajaan juga mencadangkan kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) daripada RM200 kepada RM250 bagi nelayan darat  yang berdaftar



Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Kerajaan akan meneruskan BMT. Bayaran sebanyak RM300 sebulan kepada pekebun kecil getah RISDA dan LIGS akan disalurkan pada Disember 2020, Januari 2021 dan Disember 2021.



Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)


Post a Comment

0 Comments