MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Masa Operasi Stesen Minyak, Pasar Awam, Restoran, Pasaraya/Kedai Runcit/Kedai Serbaneka/Operasi Lain-Lain Perniagaan Sepanjang Tempoh PKPB



SOP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) BAGI SELURUH NEGERI SABAH


10 NOVEMBER 2020


• Perniagaan / ekonomi / industri DIBENARKAN beroperasi seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.


Pasar Raya, Pusat Beli belah dan Retail Store DIBENARKAN beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.


Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja, medan selera, kedai runcit dan kedai serbaneka DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.


Dine in DIBENARKAN di restoran termasuk restoran dalam premis hotel,kedai/ gerai makan, coffe shop dan medan selera engan separuh daripada kapasiti saiz meja iaitu dua (2) orang bagi meja empat (4) orang, tiga (3) orang bagi meja enam (6) orang, empat (4) orang bagi meja lapan (8) orang dan seterusnya dengan penjarakan fizikal 1 meter dan pematuhan SOP Sektor Makanan.


Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), penghantaran (delivery) atau pandu lalu juga dibenarkan dengan pematuhan kepada SOP Sektor Makanan (Perniagaan Berpremis, Penjaja Tanpa Premis, Pasar Berbangunan dan Peruncitan/Serbaneka Makanan & Minuman)


Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja dengan pematuhan SOP dan pengawasan pihak berkuasa.


Operasi pasar borong adalah antara 12.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja dengan pematuhan SOP dan pengawasan pihak berkuasa.


• Operasi pasar malam, pasar tamu dan pasar tani HANYA BOLEH DIBENARKAN tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kelulusan pihak Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19)


Waktu operasi pengepaman di stesen minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam


• Operasi dobi DIBENARKAN bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.


• Operasi lain-lain perniagaan yang DIBENARKAN bermula dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.


Sumber: SOP PKPB Bagi Seluruh Negeri Sabah Yang Dikeluarkan Pada 10 November 2020 Oleh Majlis Keselamatra Negara (MKN)


Berkaitan: Aktiviti Perniagaan Di Kawasan PKPB Dibenarkan Beroperasi Sehingga 12.00 Tengah Malam


Post a Comment

0 Comments