MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Jangan Terpedya Dengan TM Family Gift Bonus



Awas! Waspada dengan e-mel atau mesej tular di media sosial dengan dakwaan bahawa anda masih mempunyai transaksi yang belum diselesaikan dengan syarikat Telekom Malaysia Berhad, iaitu sebagai pemenang hadiah wang tunai sebanyak RM270,000 di bawah skim TM Family Gift Bonus.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang e-mel atau mesej kepada orang awam untuk menuntut hadiah berupa wang tunai di bawah satu skim bonus yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi.


Sehubungan itu, orang ramai diingatkan berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan e-mel atau mesej yang tidak sahih. Elakkan daripada berkongsi dan memberikan maklumat peribadi seperti kad atau nombor akaun bank kepada individu yang tidak dikenali.


Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia & PDRM


Post a Comment

0 Comments