MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

11 Panduan Untuk Khusyuk Dalam Solat

 


Sebelum tidur malam ini, saya nak sama-sama kita fikir seketika. Selama bertahun-tahun solat, berapa banyak kali sebenarnya kita benar-benar khusyuk dalam solat?


Penting sangat ke khusyuk dalam solat ni? Serius penting, sebab ini adalah kriteria Allah terhadap orang yang berjaya! Maksudnya, kalau solat kita tak khusyuk, kita belum ada ciri-ciri orang berjaya!


Firman Allah SWT:


قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (1)

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ (2


Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.


(Surah al-Mu’minun: 1-2)


Allahu..


Jadi, macam mana nak khusyuk dalam solat? Berdasarkan panduan daripada beberapa orang ulama yang pernah meneliti masalah khusyuk yang sering dihadapi oleh orang mukmin dalam solat, ini antara beberapa nasihat dan cadangan.


1. Ketika solat, hendaklah menganggap diri kita sedang berhadapan secara langsung dengan Allah Yang Maha Mengetahui terhadap apa yang terlintas dalam hati setiap hamba-Nya.


2. Kita mesti faham maksud setiap ayat yang dibaca khususnya surah Al-Fatihah dan berusaha meresapkan maksud ayat-ayat itu ke dalam hati.


3. Kita mesti faham maksud segala zikir yang dibaca sambil menghayati segala doa yang kita ucapkan sehingga faham maksudnya.


4. Kita mesti panjangkan masa rukuk dan sujud. Muhammad al Bakri berkata: Bahawa di antara amalan yang dapat menghasilkan khusyuk ialah memanjangkan rukuk dan sujud.


5. Tidak terlalu banyak menggerakkan anggota, seperti menggaru kepala, berpaling ke kanan dan ke kiri, dan sebagainya.


6. Hendaklah dipusatkan seluruh ingatan dan fikiran kita semata-mata kepada solat yang sedang dilakukan.


7. Kita mesti kosongkan hati daripada apa sahaja yang boleh menimbulkan rasa ragu, curiga atau bimbang (seperti menahan rasa untuk ke tandas). Sebab itu, sebelum solat kena selesaikan semua hajat di tandas.


8. Kita mesti penuhkan dada dengan rasa takut dan rendah diri terhadap Allah yang disembah.


9. Kita mesti ada mindset bahawa solat adalah suatu ibadah yang terpenting dan amalan terbaik yang boleh memberi kesejahteraan hidup kepada kita di akhirat.


10. Pandangan mata kita mesti ditumpukan kepada tempat sujud semasa berdiri dan kepada jari telunjuk ketika duduk tasyahhud. Sebab apa? Sebab fikiran manusia tak dapat memikirkan dua perkara pada suatu masa.


11. Kita kena usaha untuk memastikan setiap anggota tubuh tidak kerap digerak-gerakkan dalam solat.


Rasulullah SAW telah melihat seorang lelaki menggerak- gerakkan anggotanya dalam solat, lalu baginda bersabda:


"Jika hati orang ini khusyuk nescaya khusyuk jugalah anggota tubuhnya."


Moga Allah kurniakan kita kekuatan dan istiqomah untuk khusyuk di dalam solat sebelum kita mati. Ameeen.


Kredit: Jentik Hati

Post a Comment

0 Comments