MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Ustaz Ebit Lew Menyantuni Keluarga Pondok Kecil

 


Syabas ustaz.. Walaupun dah malam dan hari hujan namun usaha untuk menolong diteruskan. Halangan sebegini tidak mematahkan semangat ustaz. Terbaik ustaz. 👍



Sayu rasa hati dah malam macam ni dari Penang ke Kedah. Sepasang suami isteri susah bersama 3 anak. Seorang oku. Tinggal rumah tiada elektrik dan tiada tandas. Macam pondok kecil sahaja. Tiada peti ais. Tiada mesin basuh. Ada satu katil single jer. Lagi sayu kerusi roda anak dah rosak. Pondok sangat kecil tapi bersih kemas je. Tiada langsung perabot.



Rumah ini atas sumbangan orang kampung. Mereka dapat pertolongan jkm rm300 sebulan. Abang ni kerja bawa lori. Tapi gaji hari. Selalu tiada trip. Jadi tiada gaji. 


Tak terfikir waktu kita tidur lena dirumah ada kipas aircond. Selesa. Ada orang tinggal begini. Hari tu jumpa rumah macam ni dekat Sabah. Kali ini dekat semenanjung pula. Allahuakbar. 


Doakan walau hujan lebat malam kita usahakan cari rumah baru untuk dipindahkan. InsyaAllah saya akan bayar sewa. Doakan ya.


Kridet: @ebitlew & jom_dakwah

Post a Comment

0 Comments