MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Usaha KPT Dalam Membantu Para Penuntut IPT Susulan Penangguhan Pendaftaran Ke IPT

 


Susulan penangguhan pendaftaran kemasukan secara fizikal di Institut Pengajian Tinggi (IPT)/ Universiti di saat - saat akhir oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dikala persiapan dan tiket penerbangan telah dibeli oleh para penuntut universiti ia memberi kesulitan kepada para penuntut/pelajar IPT.



KPT mengambil maklum dan memahami kesulitan dan kekangan yang dihadapi penuntut IPT/Universiti.


Berikut di bawah adalah usaha kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama pihak universiti.


1. Mewujudkan Bilik Gerakan

Bilik Gerakan Kemasukan Pelajar Sesi 2020/2021 dan COVID-19 Kementerian Pengajian Tinggi akan beroperasi Setiap Hari 24 Jam.



Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian Hotline 03-8870 6777 dan 03-8870 6949 atau terus ke emelkan kepada covid19kpt@mohe.gov.my


2. Pemansuhan Caj/Bayaran Tambahan Susulan Daripada Penangguhan Kemasukan Pelajar IPT.


3. Kemudahan Pertukaran Tarikh Tanpa Had Sebelum 31 Disember 2020 di laluan yang sama TANPA BAYARAN TAMBAHAN oleh AirAsia Berhad.



Kementerian Pengajian Tinggi bekerjasama dengan AirAsia Berhad dalam membantu pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang terjejas dengan penangguhan pendaftaran secara bersemuka bagi sesi pembelajaran 2020/2021.


4. Pengecualian  Fi Penukaran Tarikh oleh malindo air.



Kementerian Pengajian TInggi bekerjasama dengan Malindo Air dalam membantu pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang terjejas dengan penangguhan pendaftaran secara  bersemuka bagi sesi pembelajaran 2020/2021


5. Pemberian Kredit & Pertukaran tarikh Perjalanan Tanpa Kos Tambahan- Firefly




6. Mewujudkan Nombor Hotline Universiti Awam.




Senarai hotline Universiti Awam yang boleh dihubungi bagi Kemasukan Pelajar Sesi 2020/2021 dan COVID-19.


7. Pemberian RM100 melalui inisiatif UiTM Prihatin kepada penuntut/pelajar UiTM.


Walaupun penangguhan pendaftaran penuntut/pelajar universiti dilakukan di saat-saat akhir ianya bertujuan menjaga keselamatan para pelajar dan rakyat Malaysia bagi membendung penularan jangkitan Covid-19.


Namun penangguhan ini memberikan kesulitan khususnya kepada para penuntut/pelajar kerana berlaku pada masa yang kurang sesuai.


Tetapi keadaan ini menzahirkan keprihatinan rakyat Malaysia secara indvidu, berkumpulan, persatuan, syarikat, NGO dan Kerajaan Malaysia sendiri bersama-sama membantu bagi meringankan beban dan mencari jalan penyelesaian yang tepat dalam menangani isu ini sesuai dengan # di bawah.

MalaysiaPrihatin

KPTPrihatin

KitaPrihatin

KitaJagaKita 

KitaMestiMenang


Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Cc : mohe.offcial


Post a Comment

0 Comments