MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Siapakah Yang Dimaksudkan Kontak Rapat COVID-19 (Kemaskini)

 


Salah seorang penduduk di kejiranan anda telah disahkan positif COVID-19 dan anda risau anda turut dijangkiti. 


Dalam hal ini, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan mengenal pasti siapa kontak rapat kepada pesakit tersebut berdasarkan siasatan lapangan dan penilaian risiko yang dijalankan.



Kontak rapat merupakan individu yang berhubung secara langsung dengan dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan sama ada individu yang bersemuka secara langsung dengan pesakit COVID-19 pada jarak yang kurang daripada 1 meter atau individu yang mempunyai kontak fizikal dengan kes COVID-19.




Individu yang turut dikira sebagai kontak rapat termasuk 


👉 Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes positif COVID-19 TANPA memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap

👉 Individu yang tinggal serumah dengan kes positif COVID-19

👉 Individu yang duduk berdekatan (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 misalnya di pejabat atau di dalam kelas

👉 Individu mengembara bersama dan duduk berdekatan (kurang 1 meter) dengan kes positif COVID-19 sepanjang tempoh perjalanan


Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan mengesan dan menghubungi kontak rapat untuk pengambilan ujian saringan COVID-19.


Home Surveillance Order (HSO) akan diberikan kepada 


👨🏻👩🏻 Individu yang mempunyai gejala ringan dan tidak memenuhi kriteria bagi kemasukan ke wad iaitu Patient Under Investigation (PUI)


atau


👨🏻👩🏻 Individu yang tidak mempunyai gejala, namun mempunyai sejarah perkaitan epidemiologi seperti kontak rapat kepada kes yang dijangkiti COVID-19 iaitu Person Under Surveillance (PUS)


Individu yang pernah berhubung dengan kes positif namun tidak dikenal pasti sebagai kontak rapat tidak akan diberikan HSO atau pemakaian gelang. 


Walau bagaimanapun individu ini dinasihatkan untuk menjalani kuarantin kendiri (self quarantine) dan memantau status kesihatan masing-masing sepanjang tempoh 14 hari serta mengamalkan nasihat kesihatan yang telah dikeluarkan oleh KKM.


Siapakah Yang Dimaksudkan Kontak Rapat COVID-19


Sumber: myhealthkkm

Post a Comment

0 Comments