MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Punca-Punca Pencemaran Udara



Pencemaran di definisikan sebagai perihal mencemari atau mencemarkan pencemaran udara sering dihadapi oleh negara-negara yang sedang membangun.

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan kemudaratan, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemaran udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif.

Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya, asap rokok,pembakaran terbuka dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid ,dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.

 

1. Industri Perkilangan

Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar. Industri perkilangan seperti kilang baja, kilang kelapa sawit, kilang getah, kilang kimia, kilang kayu diantara contoh-contohnya.

 

2. Pelepasan Asap Kenderaan Bermotor

Zaman kini kenderaan adalah keperluan harian dan penggunaan dan pengeluaran kenderaan bermotor saban tahun meningkat di atas jalan raya dan lebuh raya. Pembakaran bahan api fosil (minyak petrol, diesel & sebagainya) daripada kenderaan bermotor menghasilkan gas karbon monoksida, nitrus oksida, hidrokarbon menyumbang kepda pencemaran udara. Bayangkan setiap hari asap dari kenderaan seperti kereta dilepaskan ke udara dan jumlah penggunaan kenderaan di atas jalan raya setiap hari berbilion-bilion.

 

3. Pembakaran Terbuka

Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, pembuangan sampah dan sisa pepejal industri, tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun, Pembakaran hutan bagi tujuan penerokaan dan peladangan, pembakaran hutan disebabkan oleh api bawah tanah (bush fire) lazimnya berlaku di benua Australia, Eropah, Timur Tengah dan baru-barau ini tahun 2020 berlaku pembakaran di Australia dan Syria yang mendapat perhatian dunia.

 

4. Asap Rokok/ Rokok Elektronik (Vape)

Asap rokok secara tidak sedar menyumbang kepada pencemaran udara. Karbon monoksida terhasil akibat pembakaran bahan yang mengandungi asas karbon seperti tembakau, rokok bahan utama adalah tembakau. Karbon monoksida ini dilepaskan dalam kuantiti yang banyak setiap hari oleh perokok. Kini rokok elektronik (vape) menjadi trend perokok dan vape menghasilkan bayak asap kesannya pencemaran udara berlaku.

 

5. Debu-Debu Tanah Dari Pembinaan Bangunan

Walaupun pembangunan menjadi lambang kemodenan sesuatu negara, namun memberi kesan sampingan kepada berlakunya pencemaran udara. Debu-debu dari penggunaan pengangkutan lori besar dalam mengangkat tanah dan menimbus tanah di tapak pembinaan terutamanya pada waktu panas dan kering menyebabkan debu-debu naik dan berterbangan di udara menyumbang kepada pencemaran udara dan kesan kepada kesihatan awam.

 

6. Letusan Gunung Berapi

Malaysia adalah negara yang bertuah kerana tidak mempunyai gunung berapai tetapi berbeza dengan negara jiran dan negara lain yang mempunyai gunung berapi. Letusan gunung berapi biasanya mengeluarkan asap yang tebal dan banyak.

 

7. Pembakaran Hutan Bagi tujuan Pertanian/Penerokaan tanah

Sudah pastinya penebangan hutan dan pembakaran hutan berlaku bagi tujuan ini. Kesannya pencemaran udara tidak dapat dielakkan.

 

8. Penggunaan Mesin Elektronik

Mesin elektronik umumnya peti sejuk dan penyaman udara menjadi keperluan bagi setiap isi rumah. Mesin ini melepaskan gas Klorofluorokarbon (CFC) ke udara dan ia menyumbang kepada penipisan lapisan ozon.

 

9. Penggunaan Racun Penyembur Serangga/Nyamuk

Penggunaan penyembur aerosol bagi tujuan menghalau atau mematikan serangga/nyamuk mengandungi gas Klorofluorokarbon (CFC) menyebabkan pencemaran udara.

 

Tidak dinafikan setiap pembangunan itu membawa kepada kemudahan manusia. Namun sekiranya perancangan yang teliti dilaksanakan dibantu dengan teknologi semasa, pencemaran udara pasti dapat dikurangkan. Alam sekitar perlu dijaga untuk generasi yang seterusnya, peranan pihak berkuasa bersama masyarakat adalah penting dalam menjaga kelestarian alam sekitar seterusnya udara bersama oksigen yang dihirup setiap hari.


Berkait: Punca Pencemaran Sungai

 

Sumber: Wikipedia & Penulis sendiri & Gambar Google Imej

Post a Comment

0 Comments