MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

PKPD PPR Taman Harmoni Sandakan

 



Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 21 Okt 2020)




PKPD PPR Taman Harmoni Sandakan 


• Sidang Khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di PPR Taman Harmoni berkuatkuasa 23 Oktober 2020 sehingga 5 November 2020 melibatkan 870 unit rumah dengan seramai 4,481 penduduk. 


• Dengan pelaksanaan perintah ini semua penduduk dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya:


• Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada rumah masing-masing.


• Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada PDRM.


• KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua penduduk yang terlibat.


• Bekalan keperluan makanan akan diagihkan oleh Kerajaan negeri yang akan dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri.


• Bagi memastikan pematuhan perintah ini, PDRM, ATM, APM, RELA, PBT dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat


• Maklumat lanjut dan SOP berkaitan boleh dirujuk di laman sesawang MKN.


Telegram: MINDEF & MKN


Post a Comment

0 Comments