MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

PKPB Di WP Labuan

 


Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah akan Berkuatkuasa 12.01 tengah malam 17 Oktober 2020 sehingga 30 Oktober 2020.




Kenyataan PKPB di Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dikongsikan Twitter rasmi KKMalaysia bertarikh 15 Oktober 2020.


Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (15 Okt 2020)


PKPB di WP Labuan


•Sidang Khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa 17 Oktober 2020 sehingga 30 Oktober 2020.


•Bagi SOP PKPB di Labuan, semua aktiviti ekonomi termasuk industri dan perkilangan adalah dibenarkan.


•Antara SOP yang telah dipersetujui adalah seperti berikut:


i) Kawalan Pergerakan 


• PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM & RELA.


• Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain. 


• Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.


• Bagi kenderaan yang membawa pekerja adalah dibenarkan untuk beroperasi dengan pematuhan SOP.


ii) Pergerakan keluar masuk merentas negeri adalah tidak dibenarkan kecuali;


• Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jenazah di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.


• Hanya pekerja yang mempunyai pas pekerja yang sah ATAU surat kebenaran daripada majikan dibenarkan untuk tujuan bekerja dan menjalankan tugas. 


• Pergerakan perlu mematuhi prosedur kemasukan di pintu masuk WP Labuan yang sedang berkuatkuasa. Pihak kerajaan juga menggalakkan majikan membenarkan pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dari rumah (work from home).


• Bagi pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Labuan, individu perlu mendapatkan kebenaran PDRM terlebih dahulu.


iii) Kawalan Pergerakan Air 


• Perkhidmatan pengangkutan air bagi Feri RoRo, Feri Ekspres dan Bot Laju dibenarkan beroperasi sehingga jam 6 petang sahaja dengan kapasiti terhad berdasarkan penjarakan fizikal dengan pengosongan tempat duduk di antara penumpang.


• Aktiviti kapal NCS (kumpit) ke Labuan bagi tujuan barter trade adalah tidak dibenarkan.


• Perkhidmatan pengangkutan teksi air dan penambang dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.


• Pergerakan bagi Sign On/ Sign Off industri perkapalan serta minyak dan gas dibenarkan beroperasi mengikut Peraturan dan SOP semasa yang sedang berkuatkuasa.


• SOP bagi pergerakan keluar masuk anak kapal Sign in dan Sign Off kekal seperti yang telah ditetapkan sebelum ini. 


• Namun bagi kapal yang datang dari Sabah ke Labuan, anak kapal yang melakukan Sign Off perlu dikuarantin wajib selama 14 hari.


iv) Aktiviti Ekonomi dalam kawasan PKPB


• Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi seperti biasa dan mematuhi SOP yang telah pun ditetapkan. 


• Pasar Raya, Pusat Beli belah dan Retail Store adalah dibenarkan mengikut SOP yang ditetapkan. 


• Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam. 


• Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take-away sahaja. 


• Makan di premis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun ianya terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.


v) Aktiviti Ekonomi dalam kawasan PKPB


• Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 4.00 petang. 


• Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan dan pengawasan anggota RELA. 


• Waktu operasi Stesen Minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam. 


• Pengangkutan awam, Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dibenarkan beroperasi dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 tengah malam.


vi) Aplikasi MySejahtera


• Pengusaha/Operator Premis perlu memastikan pekerja, pembekal dan pelanggan merekod kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera atau secara manual.


vii) Perubatan dan Kesihatan 


• Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.


• Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 10.00 malam.


viii) Sektor Ekonomi Dan Industri 


• Aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti yang ditetapkan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.


• Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah dan negeri.


ix) Sektor Perikanan, Perladangan dan Pertanian


• Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi. 


x) Aktiviti Sektor Pembinaan 


• Aktiviti sektor pembinaan dibenarkan operasi dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang dengan syarat pekerja disaring disahkan bebas COVID-19.


xi) Aktiviti Keagamaan


• Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimarahkan masjid untuk membenarkan azan, mendirikan solat Jemaah lima waktu dan solat Jumaat.


• Jumlah jemaah cadangan ini akan dibawa kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong untuk mendapat perkenan. 


• Manakala bagi rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai 6 orang sahaja.


xii) Aktiviti Hiburan dan Budaya 


• Aktiviti hiburan dan budaya adalah tidak dibenarkan. Aktiviti hiburan seperti kelab malam atau pub, indoor playground  dan panggung wayang tidak dibenarkan.


xiii) Aktiviti Sukan dan Rekreasi 


• Aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal dan dijalankan secara individu tidak melebihi 10 orang seperti e-sports, berjalan, jogging, berbasikal, senam robik kendiri, hiking, memancing dan lain-lain yang dilakukan di kawasan terbuka adalah dibenarkan.


• Aktiviti di kawasan tertutup (indoor), berkelah, aktiviti kolam renang, aktiviti bersentuhan fizikal/ sukan tempur, aktiviti perlawanan bagi sukan berpasukan dan aktiviti penganjuran kejohanan / pertandingan tidak dibenarkan.


• Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negeri tidak dibenarkan.


xiv) Pendidikan 


• Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak – kanak ditutup dalam tempoh ini.


• Walaubagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran. 


xv) Seminar / Bengkel / Persidangan 


• Seminar/Bengkel/Kursus/Latihan/Persidangan/Ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan. Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan institusi latihan sahaja.


xvi) Mesyuarat 


• Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video manakala mesyuarat secara bersemuka adalah tidak digalakkan.


xvii) Penganjuran Majlis Keramaian


• Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion dan lain-lain majlis sosial adalah tidak dibenarkan.


xviii) Aktiviti Pelancongan


• Semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan.


xix) Pergerakan pekerja di Zon Merah


Bagi menyekat penularan COVID-19 khususnya dari kawasan atau lokaliti yang disahkan sebagai zon merah, maka majikan-majikan atau ketua-ketua jabatan digalakkan untuk membenarkan pekerja-pekerja mereka dari zon merah untuk melaksanakan kerja dari rumah.


Borang Permit Pergerakan PKPB


Sumber: Telegram MINDEF, Twitter mindefmalaysia & KKM


Berkait: Bantuan Kit Makanan Asas Kepada Warga Labuan


Post a Comment

0 Comments