MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Permohonan Baharu BPN 2.0 Secara Dalam Talian

 


Permohonan Baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Secara Dalam Talian akan dibuka bermula 15 Oktober 2020 - 15 November 2020.

 

Pemohon baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 terutama di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) digalakkan membuat permohonan secara dalam talian.

 

Sila layari https://bpn.hasil.gov.my/  bagi permohonan secara dalam talian.

 

Pemohon baharu BPN 2.0 boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/BPN2.0(Permohonan%20Baharu)_FAQ_BM.pdf bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan berkenaan.



Penerima BPN sedia ada tidak perlu mengemukakan permohonan semula sekiranya telah menerima bayaran sebelum ini.


Semakan Status Permohonan dan Maklumat Pembayaran


Bayaran bagi Bantuan Prihatian Nasional 2.0  (BPN 2.0) dibuat dalam dua (2) ansuran iaitu pada hujung bulan Oktober 2020 & Januari 2021. Jumlah bayaran ini berdasarkan kategori seperti di bawah:

 

 


BPN 2.0 Mengikut Kategori Pendapatan Isi Rumah

Borang Rayuan / Pengakuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)


Pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dibuat dengan menghubungi Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan 

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my. 


Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia & Bernama & MOF Infografik

Post a Comment

0 Comments