MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Isu Terjemahan Dokumen MHMS 2020

 


Penjelasan Isu Terjemahan Dokumen MHMS 2020


Pihak kami mendapati ada cubaan pihak-pihak tertentu membuat terjemahan dokumen Malaysian Halal Management System Manual (MHMS) 2020 dan dokumen-dokumen lain yang seumpamanya tanpa kebenaran JAKIM selaku pihak berkuasa berwibawa.


Tindakan sebegini dikhuatiri akan menimbulkan salah faham atau kekeliruan dalam kalangan penggiat industri mahupun orang awam. Perlu diketahui bahawa sebarang dokumen milik Kerajaan perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu sebelum diterbitkan atau diubah suai dalam apa-apa bentuk. 


Sehubungan dengan itu, tindakan menterjemah dan menyiarkan versi terjemahan yang seakan-akan milik pihak berkenaan adalah tidak wajar. JAKIM menasihatkan semua pihak agar merujuk dokumen sah yang dikeluarkan oleh JAKIM sahaja.


Justeru,  mana-mana pihak yang berkenaan  juga dinasihatkan supaya menghentikan aktiviti ini dengan serta-merta dan merujuk terlebih dahulu kepada JAKIM selaku pemilik asal dokumen. 


Untuk mengetahui pelbagai penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular, boleh rujuk pautan berkenaan:-


http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular


Terima kasih.


"Yakini Halal Malaysia"


Seksyen Komunikasi Korporat,

Bahagian Pengurusan Halal,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my

☎ 03-8892 5000/1

05 Rabiulawal 1442H

22 Oktober 2020M



Post a Comment

0 Comments