MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penamatan PKPD Penjara Tawau



Penamatan PKPD  Penjara Tawau


Kerajaan  sebelum  ini  telah mengumumkan  berkenaan  dengan pelaksanaan  PKPD  di  Penjara Tawau dan  Kuarters  Penjara  Taman  Ehsan Tawau  sejak  11  September  2020 sehingga  25 September 2020  yang kemudian  dilanjutkan  lagi  ke  25 Oktober  2020.


Sehingga  21  Oktober  2020,  KKM  telah  membuat  1,250  saringan  di 1,196  saringan kakitangan di  kuarters Taman  Ehsan P enjara Tawau manakala. Sehingga  kini  tiada  lagi  kes  aktif direkodkan  di  Penjara  Tawau manakala  hanya  2  kes  di  Kuarters Penjara Taman Ehsan dan sedang menerima  rawatan.


Sehubungan  dengan  itu, kerajaan bersetuju  untuk menamatkan  PKPD di  Penjara  Tawau  dan Kuarters  Penjara Taman  Ehsan  Tawau  pada  25 Oktober  2020  seperti  mana  yang  telah dijadualkan. Walaubagaimanapun, lokaliti  ini  masih  tertakluk  di  bawah  pelaksanaan PKPB bagi seluruh  negeri  Sabah. 


Sumber: Kenyataan Akhbar Menteri Kanan Keselamatan Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Hari Ke-220 dan Hari Ke-136 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).



Post a Comment

0 Comments