MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kawalan Rentas Daerah Di Negeri Sabah Berkuatkuasa 3 Oktober 2020

 


Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini memutuskan untuk melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh negeri Sabah yang akan berkuatkuasa mulai jam 12:01 malam 3 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020. 

Namun begitu, perkhidmatan perlu (essential services) seperti keperluan bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan lain-lain adalah dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.



Sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang dikuarantin dan akan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan.  Walaubagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini kekal berkuatkuasa seperti biasa. 


Sebarang  sekatan dan maklumat lanjutan akan dimaklumkan oleh kerajaan negeri Sabah dari semasa ke  semasa.


YB  DATUK  SERI  ISMAIL  SABRI  YAAKOB MENTERI  KANAN  PERTAHANAN 1  Oktober 2020


Sumber: Kenyataan Akhbar Menteri Kanan Pertahanan, Infografik MKN & Harian Metro


PKPDB Lahad Datu, Tawau, Kunak & Semporna, Sabah


Aktiviti Dalam Kawasan PKPDB


Post a Comment

0 Comments