MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Baby Hatch Malaysia

 


Sedih hati kami bila terdengar kisah bayi ditinggalkan dalam kotak & diletakkan di hadapan pintu pagar sebuah Surau semalam. Dalam kotak tersebut ada tisu basah & lampin bayi. Bayi tersebut sangat comel 😭. Dikepilkan juga nota kecil bersama anak tersebut.. 


Dikepilkan juga nota kecil bersama anak tersebut, ibunya tak mampu menanggung kerana faktor ekonomi. 


#COVID19 telah menyebabkan masalah ekonomi kepada negara. Kesannya, ramai tertekan & stress. Ini telah berlaku pada si ibu/pasangan tersebut. Bayi tersebut bernasib baik..


kerana tidak dibuang di dalam tong sampah atau sungai.


Pada pendapat kami, tiada satu pun nyawa harus melayang disebabkan kandungan yang tidak dirancang ataupun keadaan ekonomi yang teruk. Oleh sebab itu, kemudahan Baby Hatch ini adalah sangat penting.


Disamping menyelamatkan nyawa, ianya juga memberikan sinar bahagia buat pasangan yang inginkan cahaya mata. Serahkan bayi tersebut tanpa DISKRIMINASI dan STIGMA daripada orang yang menerimanya. 


Kami sharekan lokasi dan nombor telefon hotline Baby Hatch seluruh Malaysia.


Beroperasi bawah pemantauan & SOP Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jangan lupa sharekan juga. Anda mungkin dapat selamatkan nyawa tidak berdosa ini. Untuk maklumat lanjut, boleh whatsap nombor tertera : 


Petaling Jaya: 010-283 0528

Johor Bahru: 0197262368

Sungai Petani 044423900


Sumber/Kridet: Facebook Rasmi Public Health Malaysia


Post a Comment

0 Comments