MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Syarat Kereta Boleh Ditarik

 


Anda Wajib Tahu! 


Syarat-syarat kereta boleh ditarik?


✅Pastikan Ejen Penarik Kenderaan ada kad permit (Autoriti Ejen Perolehan Semula) EPS.


✅Ejen Penarik Kenderaan perlu bersikap professional serta berpenampilan yang kemas dan bersesuaian.


✅Ejen Penarik Kenderaan tak dibenarkan tarik kereta pada hari cuti umum.


✅Tidak dibenarkan menarik kenderaan yang berada di kawasan kediaman berpagar


✅Masa untuk menjalankan penarikkan kenderaan bermula 9 pagi sehingga 9 malam


✅Penggunaan kekerasan sepanjang proses penarikkan adalah tidak dibenarkan.


✅Sebarang permasalahan melibatkan penarikkan kenderaan terutamanya ada perlakuan jenayah, kekasaran, pemerasan duit ataupun pencerobohan premis tanpa izin, pihak penyewa beli berhak membuat laporan polis bagi maksud mengambil tindakan undang–undang ke atas penarik kenderaan/ Institusi Kewangan tersebut dan begitu juga sebaliknya.


✅Perlu mengemukakan kepada penyewa beli iaitu surat arahan tarik dari Institusi kewangan dan perintah Mahkamah sekiranya kenderaan yang hendak ditarik telah membuat bayaran melebihi 75% daripada pinjaman kenderaan.


✅Hendaklah memberi masa yang cukup kepada penyewa beli untuk mengeluarkan barang peribadi daripada kenderaan yang hendak ditarik.


Ambil Peduli, Ambil Tahu!! 


Sumber: www.ppim.org.my

Post a Comment

0 Comments