MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Perang Badar

 


Perang Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah (17 Mac 624 Masihi) adalah peperangan besar pertama antara umat Islam dan juga kaum Musyrikin Mekah. Perang ini sangat menguji keimanan umat Islam Muhajirin dan Ansar yang baru memeluk Islam pada masa tersebut.


Peperangan ini telah berlangsung dalam bulan Ramadan ketika itu umat Islam sedang menjalani ibadah puasa, sudah pastinya situasi dalam menahan kelaparan dan dahaga.


Peperangan ini berlaku lebih kurang 113 kilometer dari kota Madinah. Jarak ini memakan masa 1 Jam sekiranya menggunakan kenderaan tetapi sekiranyanya berjalan kaki mengambil masa semalaman berjalan.


Ketika Perang Badar, jumlah anggota tentera umat Islam adalah sebanyak 313 orang sahaja. Mereka perlu berdepan dengan tentera kafir Quraisy yang berjumlah 1000 orang. Sebelum peperangan, Nabi Muhammad SAW telah memberikan motivasi kepada askar-askar Islam.


Baginda SAW bersabda: “Demi Tuhan yang jiwaku di dalam genggaman-Nya, sesiapa yang memerangi mereka (tentera orang musyrik) pada hari ini, kemudian dia terbunuh dalam keadaan penuh kesabaran dan ikhlas, terus maju dan tidak lari dari medan pertempuran, pasti Allah akan memasukkannya ke dalam syurga.” Kemudian Baginda memohon doa: “Ya Allah, aku menagih janji dan jaminan-Mu. Ya Allah, jika Kamu binasakan kelompok ini (pejuang-pejuang mukmin), Kamu tidak akan disembah lagi di muka bumi.”

 

Allah SWT maha penyayang dan mengasihi hamba-Nya yang berjuang di jalan Allah. Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imran, Ayat 123:

 

وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

"Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya."

 

بَلَىٰ ۚ إِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا وَيَأْتُوكُمْ مِنْ فَوْرِهِمْ هَٰذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُمْ بِخَمْسَةِ آلَافٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُسَوِّمِينَ


Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing. 

(Ali Imran, Ayat 125)

 

Seramai 14 orang para sahabat Nabi yang Syahid Badar. Berikut merupakan senarai nama mereka


  1. Umair bin Abi Waqas
  2. Safwan bin Wahab
  3. Dhu-Shimalayn bin ‘Abdi
  4. Mihja bin Salih
  5. ‘Aqil bin al-Bukayr
  6. ‘Ubaydah ibn al-Harith
  7. Sa’ad ibn Khaythama
  8. Mubashir ibn ‘Abd al-Mundhir
  9. Haritsah ibn Suraqah
  10. Rafi ‘ibn Mu’ala
  11. Umayr ibn Humam
  12. Yazid bin al-Harits
  13. Mu’awidh ibn al-Harith 
  14. ‘Awf ibn al-Harits.

 

Kemenangan ini telah menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah, dan Islam telah mula disegani oleh kabilah-kabilah, digeruni oleh orang Yahudi dan munafiqin Madinah. Tawanan perang yang dibebaskan pula telah bercerita kepada kaum mereka akan kebaikan dan kemuliaan orang Islam. Kemenangan tentera Islam di dalam Perang Badar ini telah menjadi titik tolak berkembangnya tamadun Islam ke serata dunia. Pengorbanan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat untuk menegakkan syiar Islam haruslah terus kita kenang dan hargai.


Sumber: Internet & Pinterest


Post a Comment

1 Comments

  1. baguslah banyak informasi yang penting untuk saya menduduki upkk

    ReplyDelete