MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Isu Status Halal Produk Bijirin Keluaran Bee Cheng Hiang

 



Penjelasan Isu Status Halal Produk Bijirin Keluaran Bee Cheng Hiang


Ramai pengguna yang mula menularkan di media sosial berkaitan status produk bijirin keluaran syarikat Bee Cheng Hiang yang didakwa tidak halal seterusnya menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna khususnya pengguna Islam.


Untuk makluman, produk bijirin Ez Mini Crunchies _Crispy Pork Floss_ keluaran syarikat Bee Cheng Hiang bukan pemegang dan tidak layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana menggunakan bahan ramuan yang tidak halal dari sumber babi _(pork)._


Justeru, pengguna dinasihatkan agar meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk makanan yang berada di pasaran sebelum membeli atau menggunakannya. Elakkan keraguan dengan mengutamakan produk atau premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini. 


Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di  www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi  telefon pintar SmartHalal.

www.smarthalal.com.my

 

Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-


http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular


Harap maklum dan terima kasih.


"Yakini Halal Malaysia"


Seksyen Komunikasi Korporat,

Bahagian Pengurusan Halal,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my

☎ 03-8892 5000/1

21 Muharam 1442 H

09 September 2020 M

 

Sumber : JAKIM


Post a Comment

0 Comments