MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Hafizah Al-Quran Memerlukan Bantuan Kewangan Bagi Pembiayaan Pembedahan Jantung



Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan yang belajar hafazan al-Quran dan sudah menghafaz 10 juzuk kini memerlukan bantuan orang ramai untuk pembiayaan pembedahan jantung dianggarkan kira-kira RM40,000


Siti Khadijah Samsul Hanafiah, 13, menghidapi masalah jantung berlubang sejak lahir dan pembedahan yang dilakukan hari ini adalah kali kelima dijalaninya.


Ibunya, Khaidatul Akmaliah Mohamad Alias, 43, yang juga suri rumah sepenuh masa berkata, anak sulungnya itu dikesan mengalami masalah jantung selepas dilahirkan dan dirujuk kepada pakar paediatrik untuk dibedah sehari selepas lahir.


"Sejak pembedahan pertama, anak saya sudah menjalani beberapa pembedahan, termasuk yang paling besar ketika berusia enam tahun, iaitu open heart surgery.


"Kami sangkakan keadaan semakin baik untuknya, tetapi sistem badan anak saya tidak bertindak balas terhadap sejenis ubat yang diambil, menyebabkan jantungnya kembali bermasalah.


"Pelbagai pembedahan dan rawatan susulan Khadijah selama ini sudah menelan kos hampir RM300,000. Namun, sebagai ibu bapa kami akan berusaha sedaya-upaya," katanya katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur, hari ini.


Suaminya, Samsul Hanafiah Elias, 59, yang bekerja sebagai kru Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) berkata, mereka suami isteri berdoa semoga pembedahan Siti Khadijah dipermudahkan Allah SWT.


Selain Siti Khadijah anak tunggal perempuan, mereka mempunyai tiga anak lelaki iaitu Muhammad, 11, Abdullah, 8, dan Ibrahim, 6.


Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan melakukan pemindahan ke akaun semasa Maybank bernombor 5141-0532-3170 dan meletakkan nama pesakit di ruangan Rujukan Penerima (Recipients Reference) atau Maklumat Pembayaran Lain (Other Payment Details).


Sumbangan juga boleh dibuat dalam bentuk cek kepada Media Prima-NSTP Humanitarian Fund dengan menulis nama pesakit di belakang cek dan dialamatkan kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat 3, Anjung Liku, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2020 @ 5:17 PM


Sumber: Harian Metro


Post a Comment

0 Comments