MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Amalan Sebelum Khutbah Jumaat

 


AMALAN SEBELUM SOLAT JUMAAT


SOALAN :


Jika kita sampai awal di masjid pada hari jumaat sebelum khatib membaca khutbah apakah amalan yang elok kita lakukan?


JAWAPAN :


Disunatkan bagi yang telah hadir di masjid pada hari jumaat sebelum solat jumaat membanyakkan berzikir akan Allah Taala dan membaca Quran dan solat sunat dan membanyakkan berselawat atas Nabi saw.


Berkata Imam Nawawi :


يستحب للحاضر قبل الخطبة الاشتغال بذكر الله تعالى وقراءة القرآن والصلاة والإكثار من الصلاة على رسول الله صلى الله عليه وسلم في يومها وليلتها ؛ ودليل ذلك ظاهر وقد سبق في حديث سلمان في هذا الباب الندب إلى الصلاة .


Artinya : “Disunatkan bagi orang yang hadir sebelum bermula khutbah ia banyakkan berzikir akan Allah Taala dan membaca Quran dan sembahyang dan memperbanyakkan selawat atas Nabi saw pada siangnya dan malamnya dan dalil pada yang demikian itu jelas. Dan sungguhnya telah lalu pada hadith Salman pada ini bab sunatkan sembahyang .” (Kitab Syarah Al-Muhazzab)


Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya :


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ يَوْمَ الجُمُعَةِ ، فَقَالَ : فِيهِ سَاعَةٌ ، لاَ يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ ، وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي ، يَسْأَلُ اللَّهَ تَعَالَى شَيْئًا ، إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَأَشَارَ بِيَدِهِ يُقَلِّلُهَا


Artinya : “Sungguhnya Rasulullah saw telah menyebut tentang hari jumaat dan bersabda :

Pada hari jumaat ada satu ketika yang tiadalah muafakat akan masa itu oleh seorang Islam yang sembahyang dan berdoa meminta akan Allah suatu perkara melainkan Allah akan memberi kepadanya apa yang dia minta dan Rasulullah mengisyaratkan sedikitnya masa tersebut.” (Hadith riwayat Bukhari)


Berkata Imam As-Sayfie :


ويستحب قراءة سورة الكهف في يوم الجمعة وليلتها ، ويستحب إكثار الدعاء يوم الجمعة بالإجماع


Artinya : “Dan disunatkan membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat dan pada malamnya dan disunatkan memperbanyakkan berdoa pada hari jumaat dengan ijmak ulamak.” (Kitab Al-Uum)


Kesimpulannya siapa yang datang awal ke masjid pada hari jumaat maka sangatlah elok jika dia membanyakkan berzikir dan membaca surah Al-Kahfi atau lainnya dan berselawat dan sembahyang sunat dan berdoa sehinggalah khutbah dibacakan.


wallahua’lam


Ustaz Azhar Idrus

Post a Comment

0 Comments