MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tips Mudah Untuk Menarik Rezeki

 


Tips Mudah Untuk Menarik Rezeki 

Kadang kala kita terlalu berfikir di manakah rezeki aku hari ni.. 

Sedangkan burung yang keluar awal pagi tidak pernah persoalkan di mana rezeki mereka, balik pulang lewat petang mereka masih bahagia terbang sekawan pulang ke sarang..


1)  Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing kucing yang datang.


2.Sisihkanlah sedikit hasil gaji atau upah untuk disumbangkan kepada anak anak yatim dan fakir miskin.


3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.


4.Letakkanlah di bilik sebuah kotak. Setiap kali kamu merasakan melakukan dosa, anggap sebagai denda masukkan wang kecil di dalamnya. Genap 1 bulan buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.


5.Jika kamu hadir dalam suatu majlis jamuan, belilah 1 @ 2 kotak air mineral untuk disedekahkan kepada tetamu yang datang.


6. Jika kamu membeli barang dari peniaga kecil, usah terima wang baki dari pembelian tersebut dan niatkan sedekah.


7.Belilah Mushad Al Quran, letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu terima dari setiap huruf dari mereka yang membacanya.


8.Berikan perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpan kesedihan, dengan ucapan dan doamu yang tulus.


9. Lemparkanlah senyumanmu kepada orang yang kami temui, berilah salam kepada yang duduk dan berbicaralah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.


10.Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dari menghinamu, menyebarkan fitnah dan menzalimimu.


11. Setkan pada handphone, sebagai reminder waktu waktu tertentu untuk kami membaca surah Al Fatihah atau Surah Al Ikhlas kepada kedua ibu bapanya yang masih hidup atau telah meninggal dunia.


Kongsikan Tips ini kepada rakan atau sahabat atau keluarga, barangkali ada yang mahu mengamalkannya. Semoga kita beroleh pahala.


Kridet: @AmiraRaup & Infografik Pinterest

Post a Comment

0 Comments