MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Syarat & Kelayakan Permohonan HPIPT


Hadiah RM1,000 diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan yang mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.


Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) juga dikenali sebagai Hadiah Masuk Universiti.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN


Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja. 


Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:


Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau


Ibu atau bapa pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau


Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor                                 dan ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.


Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja*.


Pemohon telah mendaftar diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.


Pemohon adalah pelajar tahun pertama sahaja.


Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Pendapatan isi rumah Ibu, Bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah sahaja.


Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.


Nota;                                                                                         

 *Matrikulasi / Kolej Vokasional / IKBN / IKTBN / Kursus Persediaan / Tahun Asas / A-Level / ACCA / LCCI / Ijazah Lanjutan / Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI / KPLI)/ Pengajian Jarak Jauh (PJJ)/ Pengajian Luar Kampus (PLK) tidak layak memohon.


Permohonan boleh dibuat melalui pautan hpipt.selangor.gov.my sebelum 9 September 2020.⁠


PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Urus Setia Hadiah Pengajian IPT:


Urus Setia Hadiah Pengajian IPT

Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S

40503 Shah Alam.


No. Telefon : 03-55212469/03-55447385 / 03-55212306

No. Faks : 03-55104095 / 03-55110659

E-mel : hpipt[at]selangor.gov.my


Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor


Post a Comment

0 Comments