MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Semakan Daftar Pemilih Bagi PRN Sabah

Berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada sidang media khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di Kota Kinabalu pada 30 julai 2020 setelah mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerima pemakluman rasmi daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam, berhubung pembubaran DUN Sabah penggal ke-15.

Berdasarkan Perkara 21 (4), Perlembagaan Negeri Sabah, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.

Bagi individu yang telah berdaftar dan layak mengundi, semakan boleh dibuat di Semakan Daftar Pemilih  atau SMS ke 15888 atau Aplikasi MySPR Semak atau hubungi talian 03-88927018



Sabah mempunyai 73 DUN iaitu: -


N.1 Banggi

N.2 Bengkoka

N.3 Pitas

N.4 Tanjong Kapor

N.5 Matunggong

N.6 Bandau

N.7 Tandek

N.8 Pintasan

N.9 Tempasuk

N.10 Usukan

N.11 Kadamaian

N.12 Sulaman

N.13 Pantai Dalit

N.14 Tamparuli

N.15 Kiulu

N.16 Karambunai

N.17 Darau

N.18 Inanam

N.19 Likas

N.20 Api-Api

N. 21 Luyang

N.22 Tanjung Aru

N.23 Petagas

N.24 Tanjung Keramat

N.25 Kapayan

N.26 Moyog

N.27 Limbahau

N.28 Kawang

N.29 Pantai Manis

N.30 Bongawan

N.31 Membakut

N.32 Klias

N.33 Kuala Penyu

N.34 Lumadan

N.35 Sindumin

N.36 Kundasang

N.37 Karanaan

N.38 Paginatan

N.39 Tambunan

N.40 Bingkor

N.41 Liawan

N.42 Melalap

N.43 Kemabong

N.44 Tulid

N.45 Sook

N.47 Telupid

N.48 Sugut

N.49 Labuk

N.50 Gum Gum

N.51 Sungai Manila

N.52 Sungai Sibuga

N.53 Sekong

N.54 Karamunting

N.55 Elopura

N.56 Tanjong Papat

N.57 Kuamut

N.58 Lamag

N.59 Sukau

N.60 Tungku

N.61 Segama

N.62 Silam

N.63 Kunak

N.64 Sulabayan

N.65 Senallang

N.66 Bugaya

N.67 Balung

N.68 Apas

N.69 Sri Tanjong

N.70 Kukusan

N.71 Tanjung Batu

N.72 Merotai

N.73 Sebatik 


Syarat-syarat kelayakan mendaftar sebagai Pemilih/ Pengundi


Warganegara Malaysia

Berumur 21 tahun dan ke atas

Bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya 

Tidak hilang kelayakannya di sisi undang-undang 


Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sabah Ke-16


Hari Penamaan Calon - 12 September 2020 (Sabtu)


Hari Mengundi Awal - 22 September 2020 ( Selasa)


Hari Mengundi - 26 September 2020 (Sabtu)


Senarai Penuh Calon PRN Sabah 2020

Patuhi Norma Baharu Semasa Hari Mengundi


Untuk makluman, kelayakan untuk mengundi bagi yang berumur 18 tahun ke atas dan pendaftaran automatik BELUM LAGI berkuatkuasa sehingga semua pindaan undang-undang yg berkaitan selesai. 


Sekiranya syarat-syarat kelayakan sebagai Pemilih/ Pengundi telah dipenuhi pendaftaran secara atas talian/ online  boleh dibuat melalui pautan https://mysprdaftar.spr.gov.my/


Adalah menjadi hak setiap warganegara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih. Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.

SPR menjalankan dua (2) jenis pendaftaran pemilih iaitu:

  1. Pendaftaran Baru:
    • pendaftaran pemilih buat pertama kali.
  2. Pendaftaran Tukar Bahagian Pilihan Raya:
    • permohonan pemilih berdaftar untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru dan mendaftarkan pertukaran alamat tersebut di SPR, maka Bahagian Pilihan Raya beliau akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat baru itu.

Mengikut undang-undang pilihan raya, SPR boleh mendaftarkan dua (2) jenis pemilih iaitu:

  1. Pengundi Biasa:
    • Pengundi biasa adalah pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi di pusat-pusat mengundi semasa pilihan raya.
  2. Pengundi Tidak Hadir (PTH) :
    • Pengundi Tidak Hadir adalah golongan pemilih yang dinyatakan dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, iaitu, anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya.

Sumber : SPR










Post a Comment

0 Comments