MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kluster Sivagangga





Kluster Sivagangga apa yang anda perlu tahu mengenainya.


Diberi nama Sivagangga disebabkan kes pertama didapati berasal dari Sivagangga nama tempat di India. Kluster biasanya dinamakan Berdasarkan sumber tempat kes pertama tu dapat dari mana.


Kes indeks pertama bagi Kluster Sivagangga, India merupakan permastautin tetap yang pulang ke Malaysia dari India pada 31 Julai 2020.


Individu tersebut telah diarah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) namun demikian, individu itu TIDAK mematuhi syarat perintah itu.


Indeks kes kluster itu merupakan seorang pemilik kedai makan, empat (4) pekerja kedai makan tersebut dan satu (1) ahli keluarga dikesan positif Covid-19.


Dua (2) orang pelanggan dari kedai makan/restoran turut dijangkiti dan menyebabkan jangkitan kepada ahli keluarga yang lain.


Pihak Polis (PDRM) telah menggesa orang ramai yang makan dikedai nasi kandar di Napoh di antara 13 Julai hingga 24 Julai 2020 lalu, untuk menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di mana-mana Klinik Kesihatan dengan segera.


Sehingga 2 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 313 orang telah disaring. Daripada jumlah itu, 20 kes dikesan positif Covid-19, seramai 280 negatif dan 13 orang masih menunggu keputusan ujian.


Kerajaan Negeri Kedah telah mengumumkan Targetted Enhancement Movement Control Order (TEMCO) di kawasan pergerakan orang ramai pada radius 1 Kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Hosba.


Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Kedah telah mengarahkan lima (5) buah sekolah di dua (2) buah daerah di negeri itu diarahkan ditutup selama 28 hari mulai 3 Ogos 2020.


Masyarakat terus disaran untuk mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.
Teruskan berjuang, Covid-19 masih ada di luar sana dan boleh menjangkiti sesiapa tidak mengira bangsa, taraf ekonomi, umur dan apa jua.


Kridet: Public Health Malaysia (PHM)


Terkini 3 Ogos 


Empat (4) buah Mukim di Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan   (PKPD) sehingga 30 Ogos berikutan peningkatan kes positif Kluster Sivagangga dan 7000 penduduk tersebut akan menjalani saringan swab test




Lima (5) buah sekolah di Kedah yang dikaitkan dengan PUI Sivagangga ditutup sehingga 29 Ogos 2020.

Ia membabitkan SMK Hosba, SMK Megat Dewa, SK Hosba, SK Megat Dewa dan SK Kubang Palas

Sumber : @BuletinTV3 




Post a Comment

0 Comments