MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kenali Jalur Gemilang



Tanggal 31 Ogos 1957 adalah tarikh kermat bagi negara Malaysia kerana setiap 31 Ogos rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan.


Asas kepada perbezaan Malaysia dengan negara lain ialah Bendera Kebangsaan. Bendera Kebangsaan/ Bendera Malaysia salah satu dari fungsinya membangkitkan semangat patriotik. 



Mari kita kenali Bendera Malaysia.

  • Warna merah melambangkan keberanian
  • Warna putih melambangkan kesucian
  • Warna biru melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara Malaysia
  • Warna kuning melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu
  • Bintang berpecah empat belas melambangkan gabungan empat belas buah negeri dalam Persekutuan Malaysia
  • Bulan sabit berwarna kuning melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia
  • Bendera Malaysia mempunyai 14 jalur yang terdiri daripada warna merah dan putih yang melambangkan gabungan negeri di Malaysia



Bendera Malaysia direka bentuk oleh Encik Mohammad Hamzah seorang Arkitek kerajaan di Johor. Buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor.



Bendera Malaysia juga dikenali dengan nama Jalur Gemilang.






Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua


Puncak dunia telah kautawan
Lautan luas telah kauredah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya


Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat


Jalur Gemilang... Di bawah naunganmu
Jalur Gemilang... Kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur Gemilang... Megah kami terasa
Jalur Gemilang... Kibarkanlah wawasan
Merah Putih biru kuning
Jalur semangat kami semua


Berkibarlah!
Berkibarlah!
Berkibarlah!
Jalur Gemilang


Seni lagu : Suhaimi Mohd Zain
Seni kata : Siso

Sumber: Buku Akademik & Infografik Jabatan Penerangan Malaysia & Arkib Negara Malaysia, MKN

Post a Comment

0 Comments