MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Ganjaran Pahala Seperti Haji dan Umrah

 


ASSALAMUALAIKUM WBT


Ganjaran Pahala Haji dan Umrah 


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ


Daripada Anas bin Malik RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang solat subuh berjamaah  kemudian duduk berzikir sampai matahari terbit kemudian diikuti dengan solat dua rakaat, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah." dia (Anas radliallahu 'anhu) berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sempurna, sempurna, sempurna." (HR Tirmizi No: 535) Status: Hadis Hasan


Pengajaran:


1.  Ganjaran pahala berganda sentiasa disediakan kepada setiap Muslim yang menunaikan solat berjemaah khususnya di masjid.


2.  Barang siapa yang solat subuh berjamaah  kemudian duduk berzikir sampai matahari terbit,  diikuti dengan solat dua rakaat (solat isyrak atau duha), maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah.


3.  Rasulullah SAW mengulangi tiga kali kalimat "Sempurna" (dianugerahkan ganjaran pahala haji dan umrah yang sempurna – walaupun tidak melakukan ibadat haji dan umrah).


Rebutlah peluang ganjaran pahala haji dan umrah dengan memelihara solat berjemaah Subuh di masjid kemudian duduk beriktikaf sama ada dengan mendengar kuliah atau majlis ilmu, membaca al-Quran atau berzikir hingga masuk waktu untuk solat sunat isyrak atau sunat duha sebelum pulang ke rumah.  Ambillah peluang paling tidak  seminggu sekali pada waktu cuti di hujung minggu.


17hb Ogos 2020

27hb Zulhijjah 1441H

Kridet: @islamitu_indah & Infografik Pinterest


Post a Comment

0 Comments