MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bersama Hentikan Wabak COVID-19 - Tagline Pembudayaan Norma Baharu



“Bersama Hentikan Wabak COVID-19″, tema kempen "Pembudayaan Norma Baharu" akan didukung dan dijayakan oleh semua kementerian, jabatan, agensi di seluruh negara serta rakan strategik sektor korporat dan pertubuhan bukan kerajaan bagi menyampaikan mesej secara konsisten, berterusan dan usaha menerap penghayatan serta amalan norma baharu dalam kalangan masyarakat,”.

Kempen Pembudayaan Norma Baharu akan berjaya dilaksanakan jika rakyat Malaysia BERSATU HATI mencegah penyebaran wabak COVID-19. 

Inspirasi yang terdapat pada rekaan seperti PERPADUAN, KESATUAN dan SIMBOL VIRUS CORONA menjadi elemen utama pada logo ini.

Logo & Slogan (tagline) hasil ciptaan Mohd Nor Fakihin Aqsa bin Mohd Nor Azam, Johan Pertandingan Mencipta Logo & Tagline Kempen Pembudayaan Norma Baharu anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia  yang telah berlangsung pada 1 hingga 10 Julai 2020.



Sebanyak 2,150 penyertaan logo telah diadili daripada 1,137 peserta. Seorang peserta juga telah menunjukkan kesungguhan beliau dengan menghantar sebanyak 127 logo.


Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia & Media Tempatan


Post a Comment

0 Comments