MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Benarkah Termometer Inframerah Tidak Selamat Digunakan?




Tular di media sosial berhubung penggunaan Termometer inframerah (infrared) tidak selamat di gunakan. Semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia alat ini menjadi kelaziman digunakan bahkan menjadi wajib bagi setiap bangunan-bangunan kerajaan, syarikat, kompleks membeli-belah, premis-premis perniagaan, restoran, kafe, kenderaan pengangkutan awam, masjid ,rumah-rumah ibadat dan seumpamanya.

Termometer didefinisikan sebagai alat utk menyukat suhu & jangka suhu. Manakala inframerah didefinisikan sinaran elektromagnet yang dipancarkan oleh jasad yang panas melalui pergerakan getaran atau putaran molekul. 

Termometer inframerah digunakan untuk berbagai fungsi terutamnya bagi pemantauan suhu. Ketika Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan penyakit virus Ebola, Termometer inframerah digunakan untuk memeriksa suhu seseorang. Pada tahun 2020 Termometer inframerah sekali lagi digunakan bagi memeriksa suhu seseorang berkaitan Covid-19.


Termometer inframerah digunakan untuk memberikan pengujian yang selesa dan cepat.

Berikut di bawah adalah penjelasan Ketua Pengaraj Kesihatan Malaysia Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah:


Termometer inframerah tidak memancarkan radiasi dan ia selamat digunakan bagi menyukat suhu badan.

Alat tersebut direka bentuk untuk mengesan dan menyerap isyarat sinaran infra merah daripada permukaan kulit yang kemudiannya diubah menjadi isyarat elektrik.

“Litar elektronik di dalam termometer ini memproses isyarat elektrik tersebut untuk menentukan suhu tubuh manusia yang diukur dan memaparkannya di skrin paparan.

Oleh kerana termometer infra merah tidak memancarkan radiasi, ianya selamat untuk digunakan,”

Pengukuran suhu badan dengan termometer inframerah biasanya dilakukan sama ada di permukaan kulit dahi atau di membran timpanik.

“Walaupun bacaan suhu di membran timpanik lebih tepat tetapi kaedah pengukuran di permukaan kulit dahi lebih mudah untuk saringan populasi.

Kajian yang dilaksanakan oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan, KKM mendapati tiada bukti saintifik mengenai kesan sampingan penggunaan termometer inframerah untuk mengukur suhu di dahi,”.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu yang tular di laman sosial berkaitan keselamatan penggunaan termometer infra merah tanpa sentuh yang dikatakan boleh menyebabkan kecederaan kepada otak.

KKM sedar tentang terdapatnya termometer infra merah yang tidak berdaftar atau mendapat kebenaran akses dalam pasaran. “Adalah diingatkan bahawa KKM melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) akan terus memantau situasi ini dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana perlanggaran undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737),” katanya.

 

Sumber :  Kenyataan Akhbar KPK 3 Ogos 2020 – Isu Keselamatan Penggunaan Termometer Inframerah Tanpa Sentuh, Wikipedia, Kamus Dewan & BERNAMA


Post a Comment

0 Comments