MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Beirut, Lubnan Digegarkan Seakan Letupan Nuklear



Tular di media sosial satu letupan besar yang menggegarkan Beirut, Lubnan pagi tadi dipercayai berpunca dari sebuah Gudang Bunga Api yang terletak di tengah bandar, sehingga kini belum dapat dipastikan punca sebenar letupan.



Jelas kelihatan dan terasa sangat menggerunkan kekuatan bunyi dan kemusnahan kesan dari letupan tersebut. 


Letupan yang berlaku telah meragut puluhan nyawa dan ribuan orang awam tercedera. Letupan yang terhasil dapat didengar sehingga 240 kilometer di Kepulauan Cyprus di Timur Mediterranean.



Punca letupan masih dalam siasatan pihak berwajib Lubnan. 

Terkini Perdana Menteri (PM) Hassan Diab menyatakan ia berpunca daripada 2,700 Tan ammonium nitrat yang disimpan berdekatan dengan pelabuhan bandar tersebut. Video menunjukkan terdapat api yang marak disusuli dengan letupan seperti atom yang membentuk awan cendawan.



Ammonium nitrat ialah sebatian kimia dengan formula kimia NH4NO3 yang berwarna putih serta sangat larut dalam air. Sebatian ini terdiri daripada kation ammonium dan anion nitrat.

Sebatian ini biasanya digunakan dalam bidang pertanian sebagai baja nitrogen.Tambahan pula, sebatian ini juga digunakan sebagai bahan letupan dalam bidang pelombongan dan pembinaan awam.

Ammonium nitrat akan menghasilkan oksigen di ruangan yang kurang oksigen dan fungsi ini yang digunakan dalam perlombongan oksigen yang dihasilkan digunakan dalam proses pembakaran minyak dan bahan bakar lain.

Namun di suhu yang sangat tinggi, ammonium nitrat akan terurai dan menjadi nitogen oksida dan wap air dan gas inilah yang akan menyebabkan letupan seperti yang berlaku di Tianjin, China pada tahun 2015 di sebuah kilang ammonium nitrat.

Memang sukar sebenarnya ammonium nitrat meletup disebabkan kebakaran. Kebakaran perlu berlaku dan kekal lama di tempat penyimpanan ammonium nitrat. Malah ianya tidak akan meletup dengan sendiri tanpa minyak melainkan ianya telah ada pencemaran silang akibat daripada penyimpanaan stok yang tidak betul.



Di bawah dikongsikan video semasa kejadian berlakunya letupan.





Kita doakan semoga mereka yang terlibat dalam musibah letupan dilindungi oleh Allah SWT.


Sumber: Media Sosial

Post a Comment

0 Comments