MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Syarat Kelayakan Dan Cara Menuntut RM50 ePENJANA




Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam usaha kerjaan membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

3 teras utama di bawah PENJANA:
  • Memperkasakan Rakyat
  • Melonjakkan Perniagaan
  • Merangsang Ekonomi
Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kewangan (MOF) telah meluluskan pemberian ePENJANA kredit e-dompet berjumlah RM50 bagi mereka yang layak dan dikeditkan di akaun pemohon melalui e-dompet.

Syarat-syarat kelayakan menuntut RM50 ePENJANA:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 Tahun ke atas
  • Berpendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 berdasarkan rekod terkini Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • Telah berdaftar dan memuat naik Aplikasi MySejahtera

Tiga (3) penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih untuk melaksanakan inisiatif ini iaitu:
  • Boost
  • GrabPay
  • Touch 'n Go
Bagi mereka yang layak RM50 ePENJANA mulai dikeditkan ke akaun masing-masing mulai 31 Julai 2020.

Tempoh memohon 30 Julai 2020 - 24 September 2020.

Tarikh akhir pengunaan pada 30 September 2020.

Bagi yang menggunakan aplikasi Boost pastikan akaun anda telah dinaik taraf ke akaun Premium bagi menuntut RM50.

Sumber: MOF

Post a Comment

0 Comments