MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pengurangan Yuran Asrama & Yuran Perkhidmatan Universiti Awam



Semasa sesi soal jawab pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya di Dewan Rakyat hari ini, YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi mengumumkan bahawa KPT dan MOF mengadakan rundingan bagi menangani isu pengurangan yuran pengajian universiti awam (UA). 



Hasil daripada rundingan tersebut, Kerajaan telah bersetuju mengurangkan kadar yuran asrama dan yuran perkhidmatan @ aktiviti Universiti Awam (UA) sehingga 15%.

Pengurangan yuran in melibatkan peruntukan sebanyak RM72 juta & dijangka memberi manfaat kepada   523,318 pelajar UA. 

Selain itu, KPT juga telah menyalurkan pelbagai bantuan kepada pelajar IPT semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi , @MOHEOfficial 


Post a Comment

0 Comments