MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Panduan Shalat Sunat Hari Raya Haji





PANDUAN SHALAT SUNAT HARI RAYA 'IDULADHA*
  
Shalat sunat hari raya haji ('IdulAdha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti shalat biasa. 

Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.
 
Shalat sunat 'IdulAdha dikerjakan pada 10 Zulhijjah. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari.

Shalat 'IdulAdha sunat disegerakan bagi memberi keluasan waktu untuk ibadah Qurban.

🔹 *Lafaz Niat Shalat Sunat Hari Raya 'IdulAdha Dan Tasbih*

Berikut adalah lafaz niat shalat sunat 'IdulAdha dan tasbih beserta makna.

🔸 *Lafaz niat shalat sunat 'IdulAdha (untuk makmum)*

اُصَلِّىْ سُنَّةَ عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
*Ertinya*: " _Sahaja aku shalat sunat 'IdulAdha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala._"

🔸 *Lafaz Tasbih*
سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ
*Ertinya*: " _Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar._"

🔹 *Cara Menunaikan Shalat Sunat 'IdulAdha*

🔸 *Rakaat Pertama*
Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat shalat 'IdulAdha di dalam hati.
Membaca doa iftitah.
Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.

Membaca surah Al-Fatihah.
Membaca surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-A’laa).
Meneruskan shalat sehingga selesai rakaat pertama.

🔸 *Rakaat Kedua*
Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
Lafaz takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.

Membaca surah Al-Fatihah.
Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghaasyiyah).
Meneruskan shalat sehingga selesai rakaat kedua.
Memberi salam.

🔹 *Khutbah 'IdulAdha*

Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan shalat Hari Raya. Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. 

Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Moga menjadi peringatan bermanfaat.. Aamiin..

Kridet: Ustaz Ismail AlBakabi

Post a Comment

0 Comments